Teknik Menyusu Yang Betul

Susu ibu sangat penting kepada bayi untuk membina antibodi yang kuat dan dapat melawan virus dan juga bakteria. Oleh sebab itu, ibu perlu tahu teknik menyusu yang betul dan berkesan supaya proses penyusuan yang dilakukan menghasilkan rasa senang kepada si ibu dan juga bayi.

Teknik yang penting dalam usaha menyusu bayi yang tersayang ialah, pastikan bayi anda sendiri mencapai puting dan elak dari memaksa bayi untuk menyusu.  Bila bayi mencapai puting, pastikan mulutnya terbuka luas dan sebagaian besar areola (bahagian hitam pada payudara) masuk ke dalam mulut bayi seperti gambar di bawah.
Seterusnya, untuk memastikan teknik menyusu yang betul ialah, anda harus kelihatan seperti gambar di bawah. Ibu penyayang yang ingin melakukan teknik  menyusu dengan betul, perhatikan; mulutnya terbuka luas dan bibir bawahnya ditekan ke bawah bersentuhan dnegan dagu dan hidungnya terletak bertentangan dengan payudara anda. Perhatikan bahawa dia bebas bernafas dengan hidungnya di permukaan payudara. Anda tidak perlu menjauhkan payudara anda daripada hidungnya.


Jika  teknik penyusuan dilakukan dengan betul, puting ibu tidak akan sakit sebab ia jauh di dalam mulut bayi dan tidak tergeser (geseran yang menyebabkan kesakitan dan kelukaan puting). Puting yang luka menyebabkan rasa pedih dan sengsara kepada ibu. Jika tidak ditangani boleh menyebabkan ibu tidak sanggup untuk menyusu bayi lagi ( cara atasi luka puting ), dan kesan berdarah yang tidak sesuai untuk dihisap oleh bayi. Pastikan keadaan menyusu seperti gambar di bawah untuk rasa nyaman kepada ibu dan bayi comel anda.


Petunjuk :

  1. Puting
  2. Areola dan tisu payudara dengan saluran susu
  3. Lidah bayi
  4. Payudara
  5. Tekak bayi
  

Baca Juga :   Bayi dan Jaundis

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by