Teknik Memandikan Bayi

Sejurus selepas bayi dilahirkan di hospital, jururawat telah memandikan bayi yang baru lahir. Begitu juga sepanjang di hospital, jururawat akan membantu ibu memandikan bayi. Setelah pulang ke rumah, ibu bapa perlu mengetahui teknik memandikan bayi anda.

Pada minggu pertama kelahiran, badan bayi sangat lembut dan susah untuk memandikan bayi. Teknik memandikan yang terbaik ialah dengan menggunakan span atau kain lembut yang dibasahkan dengan air suam. Sapu di bahagian muka, kepala, badan dan bersihkan bahagian genital bayi dengan bersih. Kemudian, tukar lampin dan pakaiannya.

Selepas tali pusat bayi kering dan jatuh serta kawasan pusat telah sembuh sepenuhnya, bayi boleh dimandikan di dalam tab mandi bayi yang kecil atau bekas yang sesuai  yang diletakkan air suam. Basahkan kaki bayi dengan air terlebih dahulu supaya bayi tidak terkejut terkena air untuk memandikannya.

Basahkan perlahan dari bahagian bawah badan hingga ke kepala dengan tangan yang dicelup dalam air dan diusapkan ke badan bayi. Biasa bayi akan kesejukan kerana tidak biasa terkena air. Selepas itu, lapkan bada bayi dengan kain lembut dan pakaikan dengan pakaian yang sesuai.

Kekerapan mandi untuk minggu kedua biasanya 2 kali sehari iaitu jam 10.00 pagi dan jam 5.00 petang. Cuma, lampin perlu kerap ditukar untuk mengekalkan keselesaan bayi. Masa untuk memandikan tidak boleh terlalu lama sehingga air menjadi sejuk kerana bayi akan menangis dengan air sejuk. Badan bayi perlu dipegang sebaiknya supaya tidak terjatuh.

Cara untuk menjaga keselamatan bayi semasa mandi di tab mandi

Elak tinggalkan bayi anda tanpa pengawasan, walaupun selama seminit. Jika keadaan mendesak, balut badan bayi dengan tuala dan dukung bayi anda bersama.

Elakkan sekali-kali meletakkan bayi anda ke dalam tab mandi terlalu lama kerana air terdedah dengan suhu bilik akan cepat sejuk.

Langkah-langkah untuk memandikan bayi

Kumpulkan semua bekalan mandi bayi anda seperti sabun mandian bayi yang sesuai, kain tuala yang lembut, lampin yang bersih dan pakaian bayi sebelum bayi dimandikan supaya anda dapat memandikan bayi dengan cepat dan menyarungkan pakaian kepada bayi dengan segera.  Pastikan suhu bilik juga sesuai supaya bayi tidak terlalu sejuk.

Pastikan air yang diisi ke dalam tab mandian bayi dengan air suam yang telah anda celup tangan dan rasai kesesuaian suhu air yang sepatutnya untuk kulit bayi yang sangat nipis dan sensitif. Air juga tidak terlalu banyak hanya dengan 3 cm ketinggian air dalam tab.

Perlahan-lahan tuangkan air ke kaki bayi dengan sebelah tangan dan sbelah tangan lagi digunakan untuk Secara beransur-ansur slip bayi anda ke dalam kaki tab terlebih dahulu, dengan menggunakan satu tangan untuk menyokong leher dan kepala. Tuangkan air mandi ke atasnya secara kerap semasa mandi supaya dia tidak terlalu sejuk.

Gunakan sabun yang lembut serta organik dan gunakan dengan berhati-hati . Jika terlalu banyak boleh mengeringkan kulit bayi anda yang sangat lembut.  Basuh dengan tangan atau kain lap dari atas ke bawah, depan dan belakang.

Mulailah dengan membasuh kulit kepala dengan kain bersalut basah. Bilas sabun dari kain dan gunakannya untuk membersihkan matanya dan muka dengan lembut. Jika lendir kering telah dikumpulkan di sudut-sudut lubang hidung atau mata bayi anda, sapukan beberapa kali untuk melembutkannya sebelum anda membuang atau lap dari kulit bayi. Bagi kemaluan bayi anda, perlu dijaga kebersihannya.

Bilas bayi dengan teliti dengan air secukupnya, dan lap dengan kain tuala lembut yang bersih. Kemudian berhati-hati mengangkatnya keluar dari tab mandi dengan satu tangan yang menyokong leher dan kepala dan tangan yang lain menyokong bahagian bawahnya. Jika boleh, dapatkan bantuan orang dewasa dengan menerima bayi anda dengan tuala kering.

Lapkan kulit bayi anda sehingga badannya kering. Sekiranya kulitnya masih mengupas dari kelahiran, anda boleh menggunakan losyen bayi atau minyak bayi yang sesuai selepas dia mandi. Selepas itu, pakaikan bayi dengan pakaian yang sesuai dan cium bayi anda yang sangat wangi walaupun tidak dipakaikan bau-bauan.

Selamat menjaga bayi anda. 

Baca Juga :   Cara Mengatasi Anak Demam Panas

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by