Penyusuan Susu Ibu


Pengenalan Penyusuan Susu Ibu. Semua ibu digalakkan menyusukan anak mereka dengan susu ibu sahaja ( Penyusuan Susu Ibu Eksklusif ) selama 6 bulan dan meneruskannya sehingga 2 tahun. Maklumat asas penting untuk ibu menjayakan penyusuan susu ibu. kita akan berkongsi maklumat tentang penyusuan susu ibu di beberapa siri bahagian penulisan. 

Namun bukan sesuatu yang mudah untuk ibu melakukannya terutama ibu yang bekerjaya. Kekangan masa untuk bersama dengan bayi merupakan faktor utama ibu tidak dapat melakukan penyusuan secara eksklusif. Walau bagaimanapun, dengan maklumat dan kemudahan yang ada kini tidak mengahalang untuk ibu-ibu yang tekal dan tabah membuat penyusuan eksklusif untuk anak yang tersayang. Penghargaan perlu untuk ibu yang dapat melalui tempoh penyusuan eksklusif ini terutama dari suami tercinta demi untuk kebahagiaan dan kerukunan rumah tangga.

Jika ibu-ibu mempunyai masalah seperti bengkak payudara, puting luka atau merekah, bayi tidak mahu menyusu, cara untuk meneruskan penyusuan semasa bekerja dan lain-lain masalah, ibu-ibu sebenarnya boleh berjumpa dan mendapatkan khidmat nasihat dengan doktor dan jururawat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Mereka sangat membantu anda jika anda ingin berusaha yang terbaik untuk anak-anak yang comel.


Di sini, saya berkongsi serba sedikit pengalaman penyusuan eksklusif berdasarkan maklumat yang telah dikongsi oleh jururawat di Klinik Kesihatan Ibu dan Anak. Jika kita berjaya melalui proses ini, sebagai ibu kita akan merasakan satu kepuasan yang tidak dapat digambarkan. Hanya ibu-ibu yang pernah melaluinya sahaja dapat merasakannya terutama ibu yang sibuk dan bekerjaya.   

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Baca Juga :   6 Tanda Penyusuan Susu Ibu Berkesan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by