Kekerapan Bayi Menyusu


Berapa kekerapan bayi menyusu dan berapa lama ye kita nak susukan bayi?  Soalan tentang bayi menyusu dan kekerapan biasa berlegar bagi  ibu muda yang baru melahirkan bayi. Jawapannya, penyusuan susu ibu mengikut kehendak bayi dan tiada masa ditetapkan. Bayi yang kerap menyusu dan kuat tidur akan membina sel-sel dengan baik dan pertumbuhan badan sangat pesat menjadi bayi yang comel.

Tiada had bayi menyusu. Penyusuan yang tiada had dan kerap boleh membantu mengelakkan ibu dari bengkak susu dan penyakit kuning bagi bayi yang baru dilahirkan. Sekiranya bayi suka menyusu lama, ibu boleh memberikannya kerana bagus untuk kekerapan bayi membuang air kecil dan air besar supaya bilirubin dalam badan dapat dikeluarkan dengan baik. Biasa bayi lelaki lebih kuat menyusu dari bayi perempuan.

Kekerapan bermaksud; Penyusuan diberi seberapa kerap yang bayi perlukan berdasarkan permintaannya ( sekurang-kurangnya setiap 1-3 jam iaitu 8-12 kali dalam masa 24 jam). Ini kekerpaan yang perlu bagi bayi yang kuat tidur dan tidak mahu menyusu.

Biarkan bayi menyusu bila-bila masa dan seberapa lama yang dia mahu.

Sekiranya bayi tidur terlalu lama, ibu perlu mengejutkan bayinya untukdisusu. Bayi dan susu ibu sangat penting untuk pertumbuhan yang sihat.  

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Baca Juga :   7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Bayi Yang Dilahirkan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by