Kebaikan Susu Ibu


Pelbagai kebaikan  penyusuan susu ibu kerana susu ibu mengandungi antibodi yang melindungi bayi dari jangkitan penyakit. “Kolostrum” iaitu susu pertama yang keluar selepas bersalin merupakan imunisasi pertama untuk bayi. Susu ibu dapat membina antibodi bayi dengan baik serta dapat membantu bayi menghadapi segala kemungkinan penyakit dengan baik kerana badannya mempunyai sistem pertahanan yang kukuh terutama demam, selesema dan penyakit mudah berjangkit yang lain.

Susu ibu mengandungi kesemua zat makanan yang diperlukan oleh bayi untuk tumbesaran dan perkembangan otak bayi. Nutrisi yang ada dalam susu ibu adalah memenuhi keperluan zat yang diperlukan oleh bayi. Oleh sebab itu, susu ibu tidak perlu ditambah dengan makanan lain sepanjang tempoh 6 bulan tersebut.

Membantu mengeratkan hubungan kasih sayang ibu dengan bayinya (bonding). Hubungan erat semasa proses menyusu dan rasa sayang dapat dirasai dengan lebih mendalam oleh bayi dengan sentuhan semasa menyusu dan kebersamaan dalam tempoh masa yang tertentu.

Mengurangkan kemungkinan mendapat kanser payudara dan membantu mengecutkan rahim. Terdapat juga manfaat kepada kesihatan ibu itu sendiri kerana setiap wanita berisiko untuk terkena kanser payudara. Selain itu, selepas bersalin, ibu-ibu pasti perlu mengecutkan rahim selepas bersalin. ini salah satu proses semulajadi dan baik untuk ibu dan anak.    

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Baca Juga :   Posisi Tidur Yang Baik untuk Bayi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by