Bayi dan Jaundis

Apa yang perlu anda tahu, apa itu Jaundis? Jaundis dalam kalangan bayi dikenalpasti daripada keadaan mata dan kulit yang berwarna kekuningan. Sebanyak 75% daripada bayi yang baru lahir mendapat  Jaundis.

Apa faktor yang menyebabkan Jaundis?  Tubuh manusia memnghasilkan darah baru dan menghapuskan darah lama setiap masa. Bilirubin adalah sejenis pigmen yang dihasilkan dari pemecahan sel darah merah. Ia diproses di dalam hati dan dibuang melalui najis dan air kencing. Walau bagaimanapun, hati bayi baru lahir tidak berfungsi dengan begitu sempurna. Oleh sebab itu, tahap bilirubin akan bertambah di dalam badan. Keadaan ini yang menyebabkan Jaundis.
 
Bayi yang bagaimana sering mendapat Jaundis? Kebiasaannya bayi ;

  • *     Bayi Pramatang
  • *     Bayi yang mengalami infeksi
  • *     Bayi kekurangan G6PD
  • *     Bayi yang tidak mempunyai keserasian kumpulan darah dengan ibunya seperti Ibu       mengalami Rhesus Negatif ( Rh-ve) dan Ibu dari kumpulan darah jenis O

Adakah Jaundis berbahaya?   Jaundis yang teruk atau tahap bilirubin yang tinggi di dalam badan boleh menyebabkan kepekakan, kecederaan otak dan sehingga membawa maut kepada bayi anda.

Apakah tanda-tanda bayi anda dalam bahaya? Tanda-tanda bayi anda dalam bahaya apabila bayi anda mengalami;
  • *      Jaundis dalam masa 24 jam selepas dilahirkan
  • *      Jaundis mencapai sehingga ke paras bawah pusat
  • *      Kurang aktif, tidak sihat atau demam
  • *      Tidak mahu menyusu
  • *      Mengalami kekejangan
  • *      Jaundis berterusan melebihi 14 hari
  • *      Najis bayi pucat atau kencing berwarna teh

Apa tindakan yang perlu diambil oleh ibu bapa sekiranya bayi mengalami Jaundis?
  • *      Dapatkan rawatan segera di klinik kesihatan atau hospital yang berhampiran
  • *      Jalani ujian darah bagi memastikan tahap bilirubin dalam darah bayi
  • *      Elakkan dari menjemur bayi di bawah cahaya matahari
  • *      Tingkatkan kekerapan penyusuan bayi

Apakan kesan jangka masa panjang daripada Jaundis? Sekiranya tidak dirawat dengan segera bayi boleh mengalami masalah kecacatan seperti berikut ;
  • *      Masalah pendengaran (pekak)
  • *      Masalah pembelajaran
  • *      Kacacatan intelektual
  • *      Palsi serebrum (cerebral palsy)

Panduan kepada ibu bapa untuk menilai Jaundis pada bayi secara fizikal


 Penilaian Jaundis pada bayi menggunakan Peraturan Kramer 


Dengan maklumat yang ada diharapkan ibu bapa dapat melakukan pencegahan awal dengan membawa bayi ke hospital atau klinik kesihatan dengan segera jika bayi anda mengalami Jaundis. Pencegahan awal adalah tanggungjawab ibu bapa. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh