3 Tip Kekalkan Susu Badan Banyak


Hari ni kita kongsi tentang 3 tip kekalkan susu badan supaya kekal banyak untuk menjamin bayi dapat minum susu sepenuhnya dalam masa 6 bulan dan diteruskan sehingga 2 tahun. Tip ini dikongsi oleh pakar kesihatan ibu dan anak untuk ibu-ibu kekal mempunyai susu badan yang banyak.

Merangsang pengaliran dan pengeluaran air susu

Aktiviti penting untuk menjamin pengaliran air susu yang lancar dan pengeluaran air susu yang berterusan. Mengikut pengalaman, jika kurang dirangsang, air susu akan jadi berkurangan dan boleh cepat kering. Oleh itu, untuk mengekalkan pengaliran dan pengeluaran yang lancar, ia perlu diransang dengan selalu dihisap oleh bayi atau menggunakan pam bagi ibu-ibu yang bekerja. Kekerapan hisapan atau pam susu tersebut, semakin banyak ia akan keluar.

Meneruskan penyusuan susu ibu sepenuhnya

Penyusuan diteruskan walau dalam apa jua keadaan dan situasi. Contohnya jika ibu keluar bekerja, pergi kursus, namun susu perlu dipam dan disimpan dengan sebaiknya mengikut prosedur supaya ibu-ibu dapat membuat stok susu ibu untuk anak tersayang yang ditinggalkan dan menjamin susu ibu tidak bengkak dan kering. 

Mengeratkan hubungan ibu dan anak

Hubungan ibu dan bayi boleh dirangsang melalui sentuhan. Sentuhan boleh membina hubungan yang sangat erat dan nilai kasih sayang yang tidak berbelah bahagi. Rangsangan yang cukup dari bayi melalui hisapan susu, akan menambah pengaliran air susu keluar. Ibu yang mempunyai nilai keibuan yang tinggi akan rasa seronok dengan proses penyusuan ini dan dengan harapan, hubungan kasih sayang tersebut kekal tersemat di sanubari sehingga anak-anak ini dewasa serta menjadi anak yang soleh dan solehah. InsyaAllah….Kebaikan susu ibu kita boleh baca di artikel ini.

Baca Juga :   Harga Set Menyusu Shaklee Untuk Susu Berkualiti

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by