Si Kecil Kerap Buka Peti Ais, Ini Sebabnya

Pasti anda sebagai ibu bapa rimas apabila anak kecil anda kerap membuka peti ais. Mulalah si ibu rasa nak marah apabila tabiat si kecil yang suka membuka peti ais menjadi kerap. Apa sangat la yang di sukanya sehingga kerap benar melakukan tabiat ini berulang kali dalam masa satu hari.
Ia merupakan perkara normal bagi si kecil yang semakin membesar. Mereka ingin explore semua perkara. Salah satu aktiviti yang menarik minat mereka adalah membuka peti sejuk.
Berikut merupakan antara faktor-faktor penyebab si kecil anda gemar membuka peti ais.
Perasaan ingin tahu yang sangat tinggi
Apabila si kecil anda semakin membesar, mereka punya rasa ingin tahu semakin tinggi. Mereka akan mencuba segala aktiviti yang orang dewasa lakukan. Pastinya, apabila mereka mendapat peluang untuk berbuat demikian, mereka tidak akan lepaskan sama sekali.
Menarik perhatian si kecil
Keadaan peti ais yang berfungsi sebagi tempat penyimpanan barang, semakin menarik minat dan perhatian si kecil untuk meneroka. Paling menarik minat mereka barangkali lampu yang tersedia ada pada peti ais apabila dibuka.
Bangga Dengan Pencapaian Sendiri
Kebiasaannya, si kecil anda akan mencuba mengumpil pintu peti ais untuk dibuka. Sedaya mungkin mereka mengerah tenaga walaupun pada peringkat permulaanya mereka tidak berjaya. Apabila mereka berjaya membuka peti ais, pasti mereka berasa banga dengan pencapaian yang telah mereka lakukan.  Sekali mereka berjaya, pasti mereka akan lebih kerap mengulangi kejayaan mereka itu.
Mencari makanan /minuman kesukaan
Berkemungkinan si kecil ingin mendapatkan makanan ataupun minuman kesukaan mereka seperti coklat contohnya. Apabila ibu bapa melarang mereka daripada terus makan coklat, perasaan tidak puas hati pasti menyelubungi si kecil. Oleh itu, mereka menggunakan cara usaha sendiri mendapatkan coklat kesukaan mereka dengan membuka peti ais.

Ibu bapa perlu sabar apabila anak kecil anda sering mengulangi tabiat ini. Biarkan mereka membuat penerokaan dalam setiap aktiviti mereka. Namun begitu, ibu bapa perlu sentiasa memantau setiap pergerakan si kecil agar mereka tidak melakukan perkara-perkara yang boleh membahayakan diri mereka sendiri. 

Baca Juga :   Vitamin Untuk Anak Susah Makan Terbaik Masa Kini

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by