Manfaat Berpantang


Berpantang selepas bersalin sangat penting kepada seorang wanita yang telah selamat daripada proses melahirkan. Ianya banyak manfaat untuk mengembalikan kesihatan dan kesegaran badan seperti sedia kala. Berpantang merupakan satu proses di mana wanita perlu bertungku, berurut serta menjaga pemakanan sepanjang tempoh 44 hari waktu berpantang.
Badan wanita yang selepas melahirkan memerlukan pemulihan yang sebaiknya. Oleh yang demikian, wanita perlu membuat penjagaan rapi selepas bersalin. Sekiranya anda gagal berpantang dan tidak menjaga keaihatan badan selepas bersalin, ia akan memudaratkan badan anda pada masa akan datang. Di sini, saya kongsikan kepada para wanita yang bakal melahirkan dan yang telah selesai proses bersalin tentang manfaat sekiranya anda berpantang.
Mengembalikan bentuk tubuh badan
Apabila anda berpantang, secara tidak langsung anda akan melakukan amalan-amalan tradisional seperti bertungku, berurut, menjaga pemakanan, berbengkung juga mengambil jamu serta melakukan penyusuan badan yang ternyata mampu membakar kalori yang berlebihan.
Menghindari daripada Sindrom Baby Blues atau meroyan
Selepas proses bersalin, wanita akan mengalami perubahan hormon. Sekiranya anda tidak menitikkan amalan berpantang yang rapi, ia boleh mengakibatkan anda menghadapi kemurungan dan mendatangkan risiko anda berdepan dengan masalah meroyan.
Mengekalkan tenaga badan dan sentiasa sihat
Jika anda lihat nenek ataupun mak anda, mereka tetap sihat dan masih bertenaga walaupun setelah melahirkan ramai anak. Berpantang cara tradisional seperti dahulu pastinya sangat ketat. Mereka tidak keluar rumah selagi tidak habis tempoh 44 hari, mereka juga turut menjaga pemakanan dan mengambil jamu untuk mengembalikan kesihatan dalaman juga luaran.
Merapatkan hubungan ibu dan bayi
sepanjang tempoh berpantang inilah untuk anda menyusukan bayi anda dan berpeluang untuk lebih memberikan belaian serta sepenuh perhatian anda kepadanya. Ini kerana, pastinya selepas tempoh berpantang, ibu bekerjaya akan kembali bekerja dan masa bersama si bayi juga terhad.
Mengembalikan kedudukan rahim
Penjagaan rahim yang rapi sangat penting. Anda perlu lebih berhati-hati dengan kedudukan rahim anda selepas bersalin dan memastikan rahim kembali pulih seperti asal. Untuk kandungan seterusnya, rahim akan menjadi tempat untuk bayi yang dikandung. Oleh itu, rahim perlu berada dalam keadaan yang sihat dan terhindar daripada sebarang risiko sekiranya anda didapati hamil lagi.
Mengeratkan keintiman bersama suami
Hal ini sangat penting, agar suami tidak merasa jemu ketika bersama anda. Pastikan, anda dapat mengembalikan hubungan intim anda dan suami terjalin seperti biasa. Penjagaan pada faraj selepas proses kelahiran bayi, sangat utama. Ambil supplemen yang disyorkan bagi wanita berpantang bagi membantu bahagian faraj kembali baik.

Baca Juga :   Senarai Makanan Dalam Pantang

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by