Kelebihan Amalan Berbengkung


Selepas proses bersalin, pasti ramai wanita di luar sana yang mengeluh tentang masalah perut buncit, mengeleber dan sebagainya. Amalan berbengkung mempunyai banyak kelebihannya. Oleh yang demikian, masalah ini boleh diatasi sekiranya para wanita di luar sana yang telah bergelar ibu mengambil jalan penyelesaian dengan rajin berbengkung secara konsisten.
Amalan berbengkung merupakan kaedah tradisional turun temurun yang diamalkan oleh orang-orang terdahulu. Bengkung adalah amalan tradisi yang menggunakan sekeping kain panjang yang akan dililit kemas pada sekeliling perut, kemudian diikat kemas.
Kebiasaanya, bengkung akan digunakan selepas berurut, tangas, param, dan tungku dilakukan.  Bahkan, bengkung juga perlu dipakai pada waktu siang dan juga malam bagi membentuk semula bentuk badan seperti sedia kala. Amalan berbengkung ini disarankan untuk dilakukan selama 44 hari sepanjang tempoh berpantang. Bengkung mesti dipakai semasa makan.
Pada zaman kini, anda tidak perlu resah untuk mendapatkan bengkung yang berkain panjang seperti dahulu. Ini kerana terdapat pelbagai bengkung moden dipasaran, sama ada bertali ataupun berpelekat.
Terdapat banyak kebaikan apabila anda mengamalkan amalan berbengkung ini. Antaranya adalah:
  • ·         Membantu mengempiskan perut serta merampingkan pinggang.
  • ·         Membantu menghilangkan sakit belakang yang dialami ketika mengandung.
  • ·         Mencegah masalah perut buncit dan kulit mengeleber selepas bersalin
  • ·         Mengembalikam kedudukan peranakan
  • ·         Mengelakkan badan dimasuki angin selepas bersalin.
  • ·         Membantu mempercepatkan pengeluaran darah kotor
  • ·         Menyokong rahim daripada jatuh daripada kedudukan asal.

Bengkung perlu dipakai dengan menyapu herba pada perut terlebih dahulu, kemudian ditutup dengan kecil pada bahagian sapuan tersebut, seterusnya barulah memakai bengkung. Bagi kesan lebih baik, bengkung perlu dipakai ketat dan dipakai secara panjang dari bawah payudara sehingga ke bawah pinggul bagi mengembalikan kedudukan rahim agar tidak pada posisi rendah.
Bagi para wanita yang bersalin secara pembedahan, anda perlu menunggu sebulan sebelum memakai bengkung. Letakkan dahulu lapisan kapas ataupun tisu yang tidak melekat sebelum memakai bengkung bagi menyerap peluh agar kawasan luka sentiasa kering.

Baca Juga :   Cara Cepat Mengandung Pasangan Berkahwin

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by