5 Tips Berguna Untuk Ibu Hamil


Apabila telah disahkan hamil, pasti pasangan suami isteri teruja terutamanya ibu. Bermulalah ibu ini menjaga diri dan pemakanan mereka dengan lebih rapi serta teratur. Segala tips dan petua dicuba sebaik mungkin untuk memastikan kandungan mereka berada dalam keadaan baik.
Beberapa tips dapat saya kongsikan kepada wanita hamil diluar sana. Semoga perkongsian ini memberi kesan positif kepada kandungan dan juga diri anda.
Menghilangkan Rasa Loya Dan Mual
Diawal kehamilan, pastinya wanita akan mengalami rasa loya dan mual akibat daripada perubahan hormon yang berlaku. Bagi mengatasi rasa loya dan mual ini, amda boleh cuba mengambil segenggam daun kari, bersihkan terlebih dahulu dan kisar sehingga menjadi jus. Kemudian, campurkan jus tersebut dengan perahan limau nipis dan satu sudu teh gula. Minum pada setiap pagi dan amalkan sehingga rasa loya dan mual hilang.
Kulit Anak Bersih
Menjadi idaman wanita untuk mendapatkan kulit anak yang bersih setelah dilahirkan. Anda boleh mengamalkan tips ini sewaktu hamil. Amalkan minum air kelapa seminggu 3 kali. Insya Allah, bayi anda bukan sahaja memiliki kulit yang bersih namun akan terhindar daripada masalah ruam.
Anak Berkulit Cerah
Untuk mendapatkan bayi anda berkulit cerah, anda disarankan untuk mengambil sayuran sayuran hijau terutamanya bayam yang mengandungi khasiat yang tinggi dan mengamalkan pengambilan minyak zaitun dan minyak kelapa dara.
Mengatasi Rekahan Kulit
Normal jika wanita hamil mengalami masalah rekahan pada kulit terutama pada perut dan peha. Ini kerana perut meregang kerana semakin membesar. Anda boleh gunakan minyak zaitun pada setiap kali lepas mandi ataupun sebelum tidur dan disapukan bahagian yang mengalami rekahan. Amalkan pada setiap hari sepanjang tempoh kehamilan.
Mudah Bersalin
Apabila kandungan anda trlah mencecah usia 6 bulan, anda boleh mengamalkan minum satu sudu teh minyak kelapa dara. Amalkan sekurang kurangnya dua kali sehari. Apabila kandungan mencecah usia 8 bulan, amalkan pengambilan minyak kelapa dara pada setiap hari bertujuan untuk memudahkan proses bersalin nanti.

Baca Juga :   Harga Set Kulit Cantik Shaklee Terbaik Masa Kini

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by