5 Kaedah Memupuk Anak Soleh dan Solehah


Hari saya ingin kongsi kaedah untuk mendidik anak soleh. Ramai di antara ibu bapa yang merungut apabila anak-anak melawan dan tidak mendengar kata mereka. Namun, sedarkah kita bahawa, anak-anak itu dibesarkan oleh didikan kita sendiri? Mereka dicorakkan oleh kita sebagai ibu bapa setelah mereka lahir. Sedarkah kita bahawa bayi yang dilahirkan itu umpama kain putih. Sebagai ibu bapa janganlah kita mudah melenting dengan menyalahkan anak-anak 100% apabila mereka tidak mendengar kata.
Masih ada jalan dan cara untuk mengatasi ini. Seperti peribahasa melayu, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Anda boleh praktikkan cara ini dalam memupuk sifat anak anda agar menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Antaranya adalah :
Sentiasa berkasih sayang kepada mereka
Perkara utama yang perlu dititik beratkan oleh anda yang bergelar ibu bapa dalam mendidik anak-anak adalah dengan berkasih sayang sesama mereka. Lenturlah mereka dengan penuh kelembutan dalam ketegasan. Sekiranya anak anda melakukan kesilapan, tegur mereka dengan cara baik. Panggil mereka dan cuba berbual dengan mereka. Mendengar luahan mereka dan berikan nasihat yang sebaiknya. Dengan cara ini anak anda akan lebih merasa selesa bersama anda sebaiknya, jika anda dapat menjadikan hubungan anda dengan anak-anak seperti hubungan sesama kawan. Bina keakraban diantara satu sama lain.
Tanggungjawab di dunia
Terangkan kepada anak-anak anda tentang kehidupan di dunia dan akhirat. Apakah tugas kita di muka bumi ini sebagai hamba Allah yang kerdil. Sentiasa ingatkan mereka tentang realiti kehidupan di dunia yang penuh cabaran agar mereka tidak terpesong dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat serta merugikan masa hadapan mereka sendiri. Terapkan dalam diri anka-anak anda untuk sentiasa mengingati Allah SWT dan Rasulullah SAW  dengan cara berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW.
Biasakan bawa anak pergi ke masjid
Rajinlah membawa anak anda ke masjid untuk solat berjamaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu yang dianjurkan oleh pihak masjid. Walaupun anak anda masih kecil, cuba untuk mendidik mereka dengan suasana begini agar mereka terdidik dan terbiasa dengan cara begitu. Jika anda tidak dapat membawa dan menghadirkan diri bersama anak anda ke masjid pada setiap hari, cukup jika anda hanya seminggu sekali sahaja berjemaah di masjid asalkan ianya dilakukan secara berterusan.
Konsisten baca Al-Quran
Ajarkan anak anda untuk membaca ayat suci Al-Quran. Biasakan mereka untuk mengaji pada setiap hari. Lebih baik jika anda dapat membiasakan mereka untuk mengaji selepas solat fardhu. Tekankan kepada mereka untuk membaca Al-Quran.
Manfaatkan masa dalam kereta
Apabila anda berada di dalam kereta, perdengarkan anak anda alunan zikir. Cara ini lebih mudah didekati anak-anak anda. Pastinya akan menjadi kebiasaan mereka apabila menaiki kenderaan akan ingin mendengar alunan zikir yang menenangkan jiwa.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh