Masa Yang Sesuai Minum Air



Minum air merupakan keperluan badan yang sangat penting untuk memastikan fungsi kesihatan sentiasa baik. Namun begitu, minum air juga mempunyai masa tertentu yang sesuai untuk mempastikan air yang diminum dapat  dimanfaatkan sepenuhnya oleh badan.
Ini bukan bermakna masa-masa yang lain tidak bagus untuk minum air. Minum sahaja bila anda terasa haus atau dahaga. Saya hanya ingin berkongsi masa-masa yang paling sesuai sahaja seperti di bawah  :

 Selepas bangun dari tidur

Selepas bangun dari tidur, perut anda kosong dan masa perut kosong adalah masa yang sangat sesuai untuk minum air bagi melancarkan proses pencernaan. Percernaan yang baik dapat menjamin kesihatan yang baik kerana apabila anda makan, makanan tersebut dapat dicerna dan dihadam dengan baik.

30 minit sebelum makan

Masa 30 minit sebelum makan juga bagus untuk membantu perut anda mencernakan makanan yang anda makan dengan lancar. Dengan itu, diharap badan kita dapat berfungsi dengan cergas hasil dari kesiahtan yang lebih baik.

30 minit selepas makan

Ya, 30 minit selepas makan juga masa yang sesuai untuk kita minum air. Mengikut petua orang tua dan tradisional, minum air terus selepas makan atau minum air sambil makan boleh menyebabkan perut buncit dan bentuk badan tidak cantik. Oleh itu, jika kita suka untuk cantik ia bermula dengan kesihatan yang baik.

Sebelum mandi

Minum air sebelum mandi sangat bagus dan dikatakan dapat menurunkan tekanan darah tinggi. Bagi kesahan yang betul, mungkin anda boleh bertanya dengan pakar kesihatan.

1 jam sebelum tidur

Minumj air 1 jam sebelum tidur dapat membantu mencernakan semua makanan yang kita makan dengan baik dan tidur dengan perut yang dapat rehat supaya boleh bekerja semula keesokan harinya.

Semoga amalan ini dapat membantu meningkatkan tahap kesihatan kita dan bertambah kualiti hidup untuk mencapai kegembiraan dan kebahagiaan.

Baca Juga :   Kelebihan Omega-3 Untuk Bayi

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by