4 Kebaikan Membaca Buku Cerita Kepada Anak Sebelum Tidur

Nampak mudah, tapi besar impaknya kepada anak-anak anda yang masih kecil apabila membaca buku cerita. Hanya memperuntukkan sedikit masa lebih kurang 10-15minit sebelum tidur, tetapi kesannya sangat hebat untuk perkembangan dan tumbesaran si kecil.
Saya kongsikan kepada anda antara kebaikan yang akan anak anda perolehi sekiranya anda membacakan buku cerita kepada mereka sebelum tidur.
Membentuk pola tidur yang baik
Apabila anda telah latih mereka untuk mendengar penceritaan daripada buku cerita sebelum tidur, secara tidak langsung ia membantu anak anda menjadi seorang kanak-kanak yang lebih peka dengan waktu tidur mereka. Ada sesetengah kanak-kanak yang sukar tidur. Hal ini pastinya merisaukan para ibu bapa sekaligus menyebabkan mereka juga kekurangan tidur. Melalui amalan pembacaan buku cerita, anak anda akan terus dapat menghadam bahawa apabila telah tiba masa pembacaan buku cerita, maka mereka perlu tidur dan melelapkan mata. Ianya akan menjadi rutin dan kebiasaan bagi mereka sekaligus dapat memberikan waktu tidur yang cukup buat mereka.
Meningkatkan bahasa mereka
Sewaktu anda membacakan mereka buku cerita daripada bahan bacaan Bahasa Melayu mahupun Bhasa Inggeris, pastinya anak anda menggunakan sepenuhnya deria pendengaran mereka. Satu persatu bahasa yang diungkapkan anda akan mereka dengar dengan teliti. Hal ini menjadikan mereka lebih kreatif dalam kepelbagaian bahasa mereka.
Melancarkan percakapan/pertuturan
Lumrah anak kecil kurang petah dalam bercakap dan berbunyi pelat dalam percakapan mereka. Antara salah satu cara untuk menjadikan mereka petah dan hilang pelat adalah dengan cara bercakap dan bercerita dengan mereka menggunakan percakapan yang betul. Jangan pula apabila anak anda pelat dalam percakapan, anda juga turut menggunakan bahasa yang pelat kepada mereka. Ingat, anak anda yang masih kecil mudah belajar perkara yang mereka dengar dan lihat.
Memupuk minat cintakan buku

Mendidik anak biar dari rebungnya merupakan satu peribahasa yang sangat sesuai dalam mendidik anak-anak anda. Pupuk minat dan cintakan buku dalam diri mereka sejak dari mereka kecil. Apabila mereka kerap mendengar bahan bacaan daripada buku cerita, sekaligus mereka akan lebih berminat untuk melihat dan mendapatkan buku-buku tersebut.  

Baca Juga :   Vitamin Untuk Anak Susah Makan Terbaik Masa Kini

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by