3 Tanda Kemurungan Selepas Bersalin


Kehamilan dan kelahiran merupakan proses yang sangat memerlukan perhatian yang serius kepada seorang wanita. Emosi dan tingkah laku mereka seringkali terganggu disebabkan perubahan hormon dan juga bentuk badan yang menimbulkan kerisauan. Selepas proses kelahiran, para suami semestinya perlu mengambil berat terhadap isteri masing-masing. Sekiranya mereka kurang diberikan perhatian selepas tempoh kelahiran, ia akan menyebabkan risiko kemurungan yang lebih dikenali sebagai meroyan.
Meroyan ini berlaku disebabkan oleh kemurungan yang sangat teruk terhadap para wanita yang selepas melahirkan bayi. Terdapat tanda-tanda kemurungan yang dapat kita ketahui sekiranya ianya berlaku kepada para wanita selepas menjalani proses kelahiran. Antaranya adalah :
Kelihatan muram
Kebiasaannya mereka yang mengalami masalah meroyan ini, mereka terlebih dahulu menunjukkan tanda awal seperti muram. Mereka lebih banyak mendiamkan diri dan bersendirian. Tidak mahu berbual ataupun bermesra bersama bayi dan orang sekeliling. Sekiranya ianya berlaku dan berlanjutan, para suami perlu memainkan peranan penting dengan cara mengajak isteri untuk berbual dan memberikan tumpuan lebih kepadanya. Jangan sesekali membiarkan isteri anda berseorangan menguruskan bayi anda ketika anda bekerja. Pastikan, isteri anda ditemani oleh seseorang yang boleh menjaga isteri dan bayi anda. Kehadiran insan sekeliling akan membantu mereka untuk berasa lebih nyaman dan tidak terasing.
Sukar Tidur / Gangguan Tidur
Permulaan daripada tanda kemuraman tadi, akan menyebabkan mereka mengalami masalah sukar tidur. Apabila emosi berada pada tahap tidak stabil, secara automatik akan menyebabkan berhadapan maslaah untuk sukar tidur. Fikiran mereka menjadi serabut dan tidak tenang sekaligus menganggu mereka mendapatkan tidur dan rehat yang secukupnya. Seeloknya, wanita selepas bersalin itu amat memerlukan rehat yang cukup akibat daripada proses bersalin yang berlaku. Kadang-kadang tanpa perhatian, ibu-ibu ini dibiarkan megurus bayi sendirian dengan kekurangan tenaga selepas bersalin.
Perubahan pola makanan
Lihat pada pola makanan mereka. Ia boleh berlaku apabila mereka nafsu makan mereka merundum dan mengakibatkan berat badan mereka serta menjejaskan tahap kesihatan mereka. Ini sangat tidak bagus kepada wanita yang selepas melahirkan kerana mereka memerlukan pemakanan yang baik dan secukupnya. Hal ini kerana, mereka menyusukan si kecil yang mendapatkan gizi daripada susu ibu. Sekiranya, si ibu mengalami perubahan pada pola pemakanan mereka ia menyebabkan kesihatan bayi turut terganggu.
Kesan dari keadaan ini menyebabkan wanita mengalami gangguan dengan delusi dan kecelaruan perasaan. Jika dibiarkan tanpa rawatan segera boleh menyebkan mereka mengalami skizofrenia dan penyakit ini berkekalan sepanjang hayat. Oleh itu, kesannya sangat mendalam kepada seseorang wanita dan juga anak-anak seterusnya kelangsungan sesebuah keluarga. Semoga kita menjadi warga yang prihatin dengan situasi ini terutama sekali suami dan ayah sebagai pemimpin dalam keluarga.

Baca Juga :   Keperluan Semasa Mengandung Bayi

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by