Tips Mengatasi Kekuningan Bayi

Demam kuning merupakan perkara yang biasa berlaku kepada bayi yang baru lahir.  Ini berlaku kerana proses peralihan yang dialami bayi apabila keluar dari perut ibu. Namun, jangan cepat cemas kerana pihak hospital akan segera memantau bayi anda dengan sebaiknya dan saya akan kongsi tips mengatasi kekuningan bayi.  

Sebagai rawatan kepada bayi yang menghadapi demam kuning, terlebih dahulu doktor akan membuat ujian darah bayi anda.  Sekiranya perlu, bayi anda akan diletakkan di bawah sinaran lampu fototerapi bagi membantu mengurangkan tahap demam kuning  ke kadar yang lebih rendah. Kebiasaannya, ketika rawatan ini dijalankan, baju seluar bayi anda akan ditanggalkan dan  mata ditutup menggunakan cermin mata khas bagi mengelakkan kerosakan retina pada mata bayi anda.

Anda boleh menggunakan tips di bawah bagi mengatasi masalah demam kuning bayi anda. Semoga ianya dapat membantu anda dan si comel.

Susu ibu

Sebaiknya memberikan susu badan anda dengan sekerap mungkin kepada bayi anda yang sedang mengalami demam kuning. Ini kerana bagi menyingkirkan bilirubin dari badan bayi melalui membuang air kecil dan air besar. Pastikan susu ibu pekat dan mengandungi zat yang banyak dengan makan makanan yang tinggi kandungan zat dan vitamin.

Ibu minum susu kambing

Digalakkan menggunakan susu kambing asli dari kambing. Pastikan susu yang anda ambil bersih untuk mengelakkan dari jangkitan kuman.

Berikan  pancaran cahaya matahari

Jika anda ingin menjemur bayi anda, pastikan anda menjemur bayi anda pada masa dhuha seawal matahari terpancar pagi bagi mengelakkan kulit bayi anda yang masih nipis menjadi tidak sihat akibat menerima cahaya matahari yang terik.

Berikan madu asli

Oleskan madu dari jari anda ke dalam mulut bayi. Pastikan anda menggunakan madu asli. Boleh juga diminum oleh ibu yang akan disalurkan melalui susu ibu.  

Mengambil makanan kurma buat si ibu

Ibu perlu mengambil kurma dan madu pada tempoh menyusu bayi yang sedang demam kuning. Zat dalam kurma dan madu sangat tinggi dan sesuai untuk bayi yang memerlukan kandungan zat yang tinggi untuk melawat penyakit demam kuning.

Mandikan bayi dengan air daun belimbing buluh

Pastikan setiap pagi, anda memandikan bayi anda dengan air daun belimbing buluh/ daun inai atau air rebusan serbuk teh sehingga demam kuning bayi anda hilang.

Perahkan sengkuang cina

Air perahan sengkuang cina ini perlu diambil oleh si ibu dan diminum agar khasiatnya nanti dapat kepada bayi dan mengatasi kekuningan.

Mengurangkan pengambilan makanan seperti halia, bawang putih dan rempah ratus

Waktu anda menyusukan bayi anda yang sedang menghidap demam kuning, disarankan anda untuk mengurangkan pengambilan seperti di atas. Ini kerana, halia, kunyit dan rempah ratus bersifat panas. Begitu juga dengan uabt-ubatan akar kayu yang lain dalam tempoh seminggu ke dua minggu.  

Baca Juga :   Punca Lambat Hamil Yang Perlu Anda Tahu

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

One thought on “Tips Mengatasi Kekuningan Bayi

  • February 10, 2018 at 3:40 pm
    Permalink

    Byk membantu sy sbg ibu baru..tq dgn maklumat

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.