Tanda-Tanda Hamil Anak Perempuan


Memiliki bayi perempuan jadi idaman setiap para ibu. Sewaktu bayi  dalam kandungan lagi, dah terserlah keterujaan ibu-ibu dengan sibuk membeli baju gaun bunga-bunga, stokin warna warni, kasut  ribbon  juga headband.Oleh itu, kita lihat apa tanda-tanda hamil anak perempuan.
     
Sebelum keterujaan ibu-ibu itu berubah kepada pembaziran, apa kata kenali kenali dulu  tanda-tanda apabila anda hamil bayi perempuan.  Jadinya, tiadalah anda meluangkan banyak wang untuk berbelanja semua barang bayi perempuan.  Yelah, siapa yang tidak geram melihat baju-baju baby girl yang comel-comel tu. Kalau boleh, satu kedai  keperluan  bayi hendak dibelinya.

Ada beberapa petunjuk jika  ibu-ibu mengandung bayi perempuan. Antaranya   adalah :

Payudara  kiri
Sewaktu anda hamil, dapat anda lihat pada payudara kiri anda lebih besar berbanding  payudara kanan anda. Jika payudara kiri anda lebih besar dari pasangannya, itu merupakan salah satu petunjuk, bayi yang dikandung adalah perempuan.
Ibu hamil kelihatan cantik
Mengikut pendapat orang-orang tua, jika dalam kandungan adalah bayi perempuan, si ibu akan lebih suka untuk berhias dan berdandan. Selari dengan sifat perempuan yang suka akan kecantikan.
Warna urine (air kencing)
Anda dapat lihat pada perubahan air urine anda. Kebiasaannya, jika bayi perempuan, warna urine anda berwarna kuning gelap.
Posisi tidur
Berbeza dengan kandungan bayi lelaki.  Jika kandungan anda bayi perempuan, anda biasanya akan tidur pada posisi condong ke sebelah kanan.
Bentuk perut
Ini juga, mengikut pandangan orang-orang tua, sewaktu mengandung anak perempuan, perut anda berbentuk seperti buah nangka iaitu besar dan agak bulat. 
Mood tidak stabil
Umumnya, emosi si ibu  akan berada pada tahap tidak stabil. Kadang–kadang juga akan merasa cepat marah.
Bentuk pinggul
Bentuk pinggul si ibu akan kelihatan lebih tinggi juga lebih melebar di daerah pinggang.
  
Mengidam buah-buahan
Si ibu kerap mengidam dan suka makan buah-buahan manis. Sesuai dengan sifat dan keperibadian seorang perempuan. Yang sentiasa kelihatan manis dengan budi bicara serta senyumannya.
Timbul jerawat di wajah
Hampir  90% ibu hamil yang berjerawat di wajah mengandung anak perempuan,. Ini disebabkan  semasa hamil hormone estrogen pada perempuan semakin meningkat.
Morning sickness
Jika anda mengalami morning sickness yang berterusan semasa hamil, maka peratusan tinggi bayi yang dikandung anda adalah bayi perempuan.

Baca Juga :   Kebaikan Vitamin C Shaklee dan Harga

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by