Posisi Tidur Yang Baik untuk Bayi

Bagi bayi yang baru dilahirkan, mereka akan sentiasa tidur. Ketika bayi anda tidur, bayi anda telah dapat merangsang perkembangan otak mereka juga  mengeluarkan hormon pertumbuhan. Sebagai ibu , anda perlu memberi perhatian lebih kepada posisi tidur yang baik untuk bayi anda. Ini kerana posisi tidur yang baik dapat mengelakkan bayi anda dari risiko sindrom kematian bayi  yang dikenali sebagai Sudden Infant Death Syndrome(SIDS) secara tiba-tiba, sesak nafas dan kesukaran bergerak.

Antara posisi bayi yang dapat saya kongsikan di sini bersama anda adalah :

Posisi bayi tidur terlentang

Bayi yang berusia 0-3 bulan akan tidur secara terlentang. Ini kerana pada usia ini, mereka masih belum pandai mengiring dan berguling. Posisi  ini sangat baik kepada bayi anda kerana bayi anda akan merasa lebih lena dan selesa ketika tidur.

Posisi tidur bayi mengiring

Disarankan jika bayi anda kerap tidur mengiring, ibu-ibu perlu mengiringkan posisi tidur bayi pada satu arah sahaja. Contohnya, lebih baik mengiring pada arah kanan sahaja. Keadaan ini dapat mempermudahkan proses penyususan dan air susu.

Posisis tidur terlungkup

Posisi tidur sebegini juga menjadi kesukaan bagi bayi. Umumya, berlaku pada bayi yang telah berusia 3 bulan ke atas.  Ketika di usia  ini, bayi  sudah mampu unyuk melungkupkan badan mereka. dalam erti kata lain, bayi telah pandai untuk meniarap. Bayi yang lebih banyak posisi tidur melungkup, kebiasaannya memiliki bentuk kepala yang lebih bagus.
Buat pengkongsian umum,  beberapa kelebihan dapat bayi anda miliki sekiranya bayi anda tidur secara terlungkup. Antaranya :

  1. Bahagian belakang bayi anda dapat direhatkan
  2. Membantu menguatkan otot leher bayi
  3. Dapat mengembangkan kemampuan bayi anda dalam pergerakan mereka.

Bayi yang baru dilahirkan, punya kulit kepala yang masih lembut.  jika bayi anda telah berusia 3 bulan ke atas, anda perlu mengambil langkah dengan menidurkankannya mengikut posisi tidur yang lain, agar bayi anda berasa selesa dengan tidur secara terlentang. Kepala bayi perlu digerakkan bagi menjadikan kepala bayi serta leher mereka menjadi kuat.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh