Ibu

Petua Elak Lekat Uri Semasa Bersalin

Lekat uri perkara yang bahaya semasa proses bersalin kerana boleh menyebabkan kematian kepada si ibu. Kalau nak tau kesannya cuba ibu-ibu tanya doktor. Hari ni saya ingin kongsi petua elak lekat uri semasa bersalin yang akan selalu Bonda saya ingatkan setiap kali saya mengandung. Walaupun kadang-kadang saya banyak soal dengan Bonda tapi saya ikut juga lah sebab takut dengan risiko lekat uri tu. Berikut pesananan Bonda;

Minum Air Hujung Rambut

Sepanjang mengandung terutamanya kandungan 5 bulan ke atas. Rambut yang telah dicuci sebersihnya dengan shampoo sehingga yakin kebersihannya, tadah air hujung rambut ditapak tangan dan teguk sedikit dengan niat semoga dilancarkan dan dipermudahkan segala proses bersalin.

Sikat Rambut Sampai Selesai

Semasa mengandung, bila sikat rambut, pastikan jangan sikat rambut lepas tu letak sikat kat rambut seperti tak selesai sikat. Masa remaja suka juga buat hal macam ni, lepas sikat, lekat sikat kat rambut. Tak pun, lepas sikat, sanggul rambut lepas tu selit sikat kat sanggul. Mungkin sebab tu Bonda pesan awal-awal habit yang tak boleh diamalkan semasa mengandung.

Buat Kerja Mesti Siapkan

Masa mengandung, kalau sentuh apa-apa kerja pastikan kerja tu selesai dan tak tinggal sekerat jalan macam tu jer. Boleh fahamkan ibu-ibu, contohnya  kalau makan lepas tu tak habis tinggal macam tu jer lepas tu pergi buat kerja lain, datang balik makan dalam pinggan yang sama. Gitu juga kalau buat benda lain.

Jangan belit  kain dileher

Elakkan belit kain dileher. Gaya macam ni kurang diamalkan orang masa kini. Orang dulu-dulu suka belit atau lingkar kain tuala atau kain lepas dileher masa ke sawah atau bendang. Cuma sekarang ni banyak trend bertudung. Mungkin ibu-ibu boleh elakkan trend yang berbelit-belit di leher.

Bagi Laluan kepada Orang

Bagi laluan kepada orang jika sedang memandu atau dengan kata lain, permudahkan kerja orang lain dengan harapan semoga kita dipermudahkan dalam segala urusan termasuk urusan bersalin.

Apa rasionalnya? Saya pun tak pasti sebab bila tanya, Bonda marah sebab  banyak tanya. Orang suruh buat, buatlah. Hihi, walaupun kadang-kadang banyak tanya dan nak tahu rasionalnya, saya buat juga sebab saya rasa orang tua makan garam dulu dan banyak pengalaman dari saya. Alhamdulillah saya dapat melepasi 3 proses bersalin normal dengan baik dan lancar.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh