Kelebihan Susu Ibu Kepada Si Bayi dan Ibu

Banyak kelebihan susu ibu kepada bayi dan ibu. Buat ibu-ibu di luar sana, anda disarankan untuk menyusukan bayi anda secara ekslusif sehingga bayi anda berusia 6 bulan tanpa diberikan makanan sampingan lain seperti susu formula.

Antara faedah yang dapat saya kongsikan bersama ibu-ibu juga bakal ibu-ibu di sini ialah kelebihan sekiranya anda dapat menyusukan bayi anda dengan susu anda sendiri. Berikut adalah antara kelebihan yang bakal anda perolehi.

Susu badan diperkaya dengan antibodi juga hormone yang mampu memberi perlindungan  kepada bayi anda daripada risiko mendapat penyakit  seperti kanser.

Membantu dalam penggecutan  rahim anda kerana proses penyusuan badan ini, anda merembeskan sejenis Oksitosin. Hormon ini berperanan membantu anda berada dalam satu perasaan yang tenang juga membantu  dalam mengekalkan kesihatan fizikal dan mental.

Membantu dalam pengurangan berat badan buat anda. Ini kerana, ketika  anda menyusukan bayi anda, badan anda dapat membakar hampir 20 kalori bagi menghasilkan 1 ounces.  Jadi, Sekiranya bayi kita minum susu 19-30 ounces sehari, ia dapat membakar sehingga 380-600 kalori.

Mengurangkan risiko daripada mendapat kanserovari  juga kanser payudara.

Membekalkan kandungan protein, karbohidrat, lemak juga kalsium kepada bayi anda.

Mengeratkan hubungan di antara anda dan si bayi kerana semasa penyusuan, sentuhan dan rangsangan dari anda dapat dirasai oleh si bayi.

Membantu ibu-ibu untuk berjimat. Dengan menyusukan bayi anda dengan susu badan anda sendiri, dapat mengurangkan kos anda untuk membeli susu debu yang agak tinggi harganya.

Membantu dalam mengurangkan risiko bayi mengalami sindrom kematian bayi mengejut (SIDS).

Melindungi bayi anda daripada sakit perut, selsema, jangkitan dada  telinga kerana susu ibu mengandungi antibodi bagi melawan jangkitan tersebut.

Mengurangkan risiko bayi  mendapat masalah eczema teruk yang sering datang kepada bayi juga anak-anak kecil.

Penyusuan badan merupakan pilihan paling tepat buat anda. Jangan merasa ragu untuk menyusuakan bayi anda sendiri. Anda dan juga bayi akan mendapat kesan positif dan kepuasan akan anda miliki apabila melihat bayi anda membesar dalam keadaan sihat. 

Baca Juga :   Tips Mengatasi Kekuningan Bayi

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by