Cara Mengatasi Anak Demam Panas


Hari ni saya nak kongsi apa perkara yang ibu bapa perlu buat bila anak diserang demam, terutamanya demam panas. Ini kerana demam panas yang melampau iaitu lebih 39*c boleh diserang sawan.  Oleh itu, ibu bapa muda terutamanya perlu tahu perkara yang perlu dilakukan untuk memantau perkembangan anak yang demam panas.

Termometer

Termometer adalah alat yang biasa doktor gunakan untuk sukat suhu badan di klinik. Alat ini ada dijual di farmasi. Ada yang murah dengan harga RM 10.00 ke RM 13.00 sahaja  dan ada yang mahal. Termometer yang mahal mempunyai lebih sikit kefungsiannya seperti hanya lekat di dahi dah keluar bacaan dengan amaran merah sekali sekiramya suhu badan terlalu panas. Terpulang kepada anda, yang penting ada thermometer untuk mengetahui takat suhu pada badan anak yang demam. Suhu badan normal 36*c, jika 37*c ke atas sudah dikira demam.

Mandikan dengan air suam

Jika badan anak suhu yang tinggi dan demam,  mandikan dengan air suam. Pastikan badan tidak kering dengan air. Basahkan tuala kecil dengan air suam dan lilitkan dibadannya. Cuba cek suhu badan anak anda, akan turun suhu badannya. Tapi jika masih demam, suhunya akan naik semula kerana dia perlu makan ubat.

Jumpa doktor

Perkara yang wajib anda buat bila anak demam ialah bawa anak anda jumpa doktor untuk mengambil ubat  dan sukatan ubat yang bersesuaian dengan anak anda. Jangan ambil sebarangan ubat tanpa nasihat doktor untuk mengelakkan masalah lain yang timbul. Contohnya makan ubat tanpa makanan juga boleh menyebabkan anak anda mengalami sakit perut.

Makan ubat

Jadual makan ubat seperti yang telah diberikan oleh doktor dan mengikut nasihat pakar supaya demam cepat pulih.

Minum banyak air masak

Pastikan anak anda minum air masak dan sebaiknya air mineral secukupnya supaya dapat menyejukkan badannya dan menggantikan kekurangan bendalir badan yang kemungkinan dia muntah dan kepanasan. Kandungan air mineral dapat membantu meningkatkan tenaga dalam badan untuk mengatasi demam yang dialami.

Sentiasa pantau suhu badan

Maksudnya pemantauan perlu dibuat setiap masa terutamnya pada waktu malam supaya demam cepat sembuh dan kuga untuk mengelakkan suhu badan tersangat panas.

Berdoa

Setelah berusaha dan buat yang terbaik untuk anakanda kita yang tersayang, kita berdoa agar anak kita cepat sembuh dari ujian demam yang dialami dan cepat sihat untuk menjalani hari-hari cerianya seperti biasa.

Semoga anak-anak kita sentiasa sihat walafiat dan diberi keberkatan dalam kesihatannya, umurnya, fizikal dan mentalnya serta rohanimya dan menjadi anak-anak yang soleh dan solehah. Amin…

Baca Juga :   Senarai Makanan Bayi 6 Bulan

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by