Amalan Berpantang Selepas Bersalin


Amalan berpantang selepas bersalin dengan cara yang betul adalah amat penting kepada anda yang telah selamat selepas proses bersalin secara biasa ataupun pembedahan. Kedua-duanya memerlukan penjagaan yang rapi dan pantang larang yang perlu diikuti. Tidak  dinafikan,  amalan dalam berpantang yang perlu dititik beratkan serta pantang larang yang perlu dipatuhi adalah satu perkara yang leceh. Namun, ia merupakan penjagaan dan kesihatan diri untuk satu tempoh yang panjang. Jika diabaikan akan memudaratkan diri  pada masa akan datang.

Antara amalan berpantang yang ingin saya kupas pada tajuk kali ini adalah sangat berguna kepada anda yang baru lepas bersalin. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anda dalam proses berpantang.

Berbengkung

Kegunaan bengkung ini adalah untuk mengelakkan perut dari masuk angin  sejuk.  Ia juga digunakan  untuk memudahkan angin panas dan kotor keluar dari badan. Bengkung yang bagus digunakan adalah bengkung yang mempunyai diameter lebar  dan panjang sehingga dapat menutupi pinggul. Bengkung perlu dipakai dan diikat dengan ketat bagi memberikan sokongan yang kukuh terhadap rahim juga memgembalikan kembali bentuk asal badan.

Mengurut

Urutan ini perlu dilakukan oleh mak bidan yang benar-benar mahir mengurut. Ia bertujuan membantu memulih dan mengeluarkan pengaliran darah,angin juga lender serta melawaskan nifas dari tersekat mahupun tersumbat. Melalui urutan, ia dapat memberikan ketenangan emosi dan meringan tubuh badan serta melegakan bisa otot sendi.

Minum jamu

Para ibu yang lepas bersalin digalakkan untuk minum jamu semasa tempoh berpantang. Pada zaman moden ini, para ibu tidak perlu lagi untuk minum air akar kayu yang direbus sendiri dek kerana pelbagai set jamu selepas bersalin yang banyak dikeluarkan oleh penguasaha-pengusaha tempatan. Jamu ini dapat membantu mengecutkan rahim secara rawatan dalaman kerana ianya mempunyai khasiat yang tinggi  dari  kandungan campuran akar kayu.

Kesihatan

Doktor menyarankan agar hubungan seks tidak dilakukan dalam tempoh 6 minggu selepas bersalin. Ia bagi  memberikan masa kepada bahagian sulit wanita untuk sembuh apatah lagi kepada para wanita yang bersalin normal.

Sayuran

Wanita selepas bersalin disarankan untuk mengambil sayuran seperti  serai, lengkuas, kunyit hidup, daun kesum serta halia. Ulam-ulaman tempatan ini  diperkaya dengan fiber, zat galian, juga vitamin A,C, dan E. Elakkan mengambil sayuran yang berangin dan sejuk seperti kangkung, kacang panjang, timun, sayur keladi, pucuk ubi serta bayam.

Baca Juga :   Atasi Luka Puting Susu

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by