7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Kepada Bayi Yang Dilahirkan

Tahniah saya ucapkan kepada pasangan yang baru menerima cahaya mata.  Selamat berpantang  juga diucapkan buat ibu-ibu.  Sama ada bayi anda lelaki mahupun perempuan, jangan lupa untuk melakukan  7 perkara penting yang perlu dilakukan kepada bayi yang dilahirkan.


Berikut merupakan 7 perkara yang  dapat saya kongsikan yang perlu anda lakukan kepada si comel anda setelah mereka dilahirkan.

Disunatkan untuk Azan / Iqamat di telinga bayi anda

Islam menyarankan kepada umatnya untuk menyambut kelahiran bayi anda ke dunia dengan mengalunkan azan di telinga kanan manakala iqamat di telinga kiri. Perdengarkan bayi  anda dengan alunan azan dan iqamat ini dengan nada suara yang perlahan. Tujuannya adalah untuk melepaskannya daripada bisikan syaitan. Sesungguhnya, kelahiran bayi anda ke dunia ini umpama kain putih yang tiada sebarang noda.

Membersihkan dan menanam uri

Harus hukumnya menanam uri ini. Biasanya, pihak hospital akan bungkus uri ini untuk anda siap-siap bawa pulang ke rumah. Selepas anda membawa pulang uri, hendaklah dibasih dan dibersihkan sebersihnya. Kemudian perlulah ditanam di dalam tanah dengan lubang yang dalam agak-agak haiwan tidak  boleh untuk korek dan makan. Macam-macam tara dibuat seperti diletak tempurung atau tin sebelum ditimbus dengan tanah bagi mengelakkan berbau.

Tahnik

Tahnik ini adalah membelah mulut bayi. Bukan membelah mulut bayi anda ye. Maksud di sini ialah meletakkan sedikit manisan seperti kurma pada lidah bayi anda dan ianya selalu dilakukan oleh insan-insan seperti imam, bilal dan para ulama. Boleh juga menggunakan manisan lain seperti kurma, nira nipah juga kelapa. Tidak sewajibnya hanya pada kurma. Biasa barang-barang tahnik seperti kurma, buah tin, buah kismis, gula batu, gula, garam dan air zamzam.

Mencukur rambut

Mencukur rambut ini sebaiknya dilakukan pada hari ketujuh bayi dilahirkan. Tapi dibolehkan juga sekiranya ia dilakukan selepas tempoh berpantang.  Setelah selesai mencukur rambut, kemudian timbanglah rambut tersebut dan disunatkan untuk anda bersedekah emas ataupun perak mengikut berat timbangan rambut itu.   Anda juga boleh bersedekah dalam bentuk wang  ataupun sebaliknya bergantung kepada kemampuan anda.
Berikan sebaik-baik nama kepada bayi anda

Sebaiknya, berikanlah bayi anda nama pada hari pertama, kedua, ketiga ataupun ketujuh dia dilahirkan. Senang kata, sepanjang 7 hari kelahirannya, anda seeloknya memberikan bayi anda nama dengan maksud nama yang baik. Mengikut Riwayat Abu Daud, sesungguhnya kamu akan  diseru pada hari kiamat dengan nama-nama kamu dan nama-nama bapa kamu, maka perindahkanlah nama-nama kamu itu.

Berkhatan

Berkhatan ini adalah memotong sedikit hujung daging yang tumbuh pada kemaluan bayi perempuan anda manakala  memotong selaput kulit yang menyerupai kepala zakar lelaki kepada bayi lelaki anda. Seeloknya, bagi bayi perempuan, perlu mengkhatankan dia pada waktu ia dilahirkan manakala lelaki pula pada tempoh dia telah akil baligh.

Aqiqah

Waktu yang disunatkan untuk aqiqah ini adalah panjang. Tetapi yang lebih afdhal, hendaklah ia dilakukan pada hari ketujuh dari hari kelahirannya. Aqiqah dilakukan sebagai tanda kesyukuran  kita kepada Allah S.W.T dianugerahkan cahaya mata.  Bagi bayi lelaki , penyembelihan kambing hendaklah dengan jumlah 2 ekor manakala 1 ekor bagi bayi perempuan.

Baca Juga :   4 Perkara Perlukah Bayi Berbantal

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by