7 Cara Berkesan Mengatasi Bayi Menangis


Menjadi kerisauan kepada para ibu jika bayi mereka kerap menangis tanpa henti. Namun, bagi seorang bayi, menangis merupakan satu cara mereka untuk berkomunikasi. Mungkin juga apabila mereka menangis tanpa henti, mereka berasa dalam keadaan tidak selasa seperti kembung perut, kelaparan dan mungkin juga ingin bermain serta bermanja.
Kesabaran yang tinggi amat perlu untuk anda yang bergelar ibu jika menghadapi situasi ini. Lakukan sesuatu agar bayi anda kembali tenang.
5 cara berkesan bagi mengatasi bayi menangis yang dapat saya kongsikan seperti berikut :
Peluk atau Bedung Bayi Anda
Jika bayi anda menangis dan terus menangis, cuba anda bedungkan, peluk dan dodoikan mereka dengan selawat atau zikir. Ini kerana, si bayi akan merasa selamat dan selasa apabila mereka dibedung. Terkini ada macam-macam cara bedung bayi. Ada tilam yang terus zip bayi seperti dalam bedung.
Dodoi dengan Bacaan Al-Quran atau zikir
Pesan ustaz, kalau anak menangis tanpa henti dan tak tahu puncanya, baca Alfatihah 3x, tiup di telinga kanan, baca Alfatihah 3x tiup di telinga kiri. Bacakan selawat ataupun perdengarkan bacaan ayat-ayat suci Alquran kepada bayi anda. Mereka akan merasa tenang. Semoga dengan cara ini dapat membantu anda keluar dari kebuntuan dengan karenah bayi yang menangis.
Tiarapkan di riba
Tiarapkan bayi anda di riba. Pangku perut bayi dipaha, kakinya biarkan ke lantai. Urut punggung dan belakang bayi anda. Dengan cara ini juga buat bayi rasa selesa sekiranya dia kembung peut dan rasa tidak selesa.
Bawa bayi anda mengambil udara segar
Cuba bawa bayi anda berjalan keluar menghirup udara dan menikmati angin segar di luar rumah sebentar. Mungkin bayi anda berasa rimas berada di dalam rumah sepanjang hari. Berikan bayi anda peluang untuk mereka melihat keindahan di persekitaran mereka. Sesekali tidak salah mendedahkan mereka dengan keadaan luar.
Air suam / Hangat
Mandikan ataupun lapkan bayi anda dengan air suam. Boleh jadi bayi anda berpeluh dan merasa rimas. Dengan cara anda memandikan badan mereka dapat melegakan serta menjadikan bayi anda berada dalam keadaan selesa.
Tukar pakaian
Bayi menangis tanpa sebab yang kita tidak ketahui. Ada kemungkinan juga dia tidak selesa dengan baju yang dipakai yang ada semut dan sebagainya. Dengan menukar pakaian boleh menghilangkan rasa tidak selesa tersebut.

Urutan
Gosokkan tapak kaki dan perut bayi anda perlahan-lahan. Mungkin mereka sakit perut dan sukar membuang air besar. Dengan cara urutan di dua bahagian ini mungkin dapat melegakan sakit perut serta melancarkan bayi anda untuk membuang air besar.

Fahami tangisan bayi anda dan cuba menggunakan cara yang telah saya kongsikan ini. Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada anda

Baca Juga :   4 Perkara Perlukah Bayi Berbantal

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
×
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah