5 Tips Mengatasi Anak Sembelit


Kesian bila melihat anak kita menangis-nangis sebab sembelit. Bagaimana hendak membantu mereka daripada sembelit. Dah disapukan minyak angin dan diurutkan perut masih sama. Anak masih kerap sembelit bila hendak membuang air besar.
5 tips bagi mengatasi anak sembelit yang dapat saya kongsikan kepada anda. Semoga dengan perkongsian ini dapat membantu anak anda mengatasi masalah sembelit anak anda.
Diet / Pemakanan
Kawal pemakanan anak anda. Sebaiknya berikan anak anda buah-buahan seperti buah prune. Buah prune diperkaya dengan khasiatnya yang mengandungi serat juga pektin yang tinggi. Buah-buahan dan sayuran banyak membantu zat dalam badan namun kurang digemari dalam kalangan kanak-kanak.
Lebihkan Minum Air Putih
Pastikan anak anda minum air yang secukupnya. Sebaiknya, berikan paling minimum air putih 8 gelas sehari kepada anak anda. Ia dapat membantu melancarkan sistem pencernaan anda juga membakar kalori dengan cekap.
Bersenam
Rajinlah membawa anak anda beriadah. Biarkan anak anda melakukan aktiviti yang mermerlukan pergerakan badan. Berikan tempoh selama 30-60 minit mereka beriadah. Aktiviti sebegini dapat membantu melancarkan usus anak anda dengan baik. Mendidik mereka juga tentang gaya hidup yang sihat.
Perbaiki Rutin Ke Tandas
Kerapkan rutin anak anda ke tandas. Biasakan mereka untuk sentiasa membuang air besar. Rutin ini menggalakkan anak anda untuk tidak menahan apabila merasa untuk membuang air besar dan takut untuk membuang air besar. Ajar mereka untuk membuang air besar dalam keadaan mencangkung agar penyahtinjaan berlaku dengan mudah.
Tukar Susu Formula
Kurangkan kepekatan susu fornula anak anda ketika hendak membancuh susu. Salah satu faktor, anak anda mengalami sembelit mungkin berpunca daripada kepekatan susu ataupun ketidakserasian susu formula yang diberikan. Sekiranya anda telah mengurangkan kepekatan susu formula tetapi anak masih lagi mengalami sembelit, anda boleh menukar susu formula yang lain dan lihat kesannya. Try and error. Apa nak buat demi anak tercinta.

Kerap melakukan pemerhatian terhadap anak anda. Pastikan pemakanan, pergerakan dan aktiviti mereka. Pemakanan yang berkhasiat serta pergerakan yang kerap mambantu melancarkan proses pencernaan dalam usus anak anda. Jadilah ibu bapa yang prihatin, pasti anak anda terhindar dari masalah sembelit dan sebagainya. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh