5 Khasiat Buah Naga Merah Buat Ibu Hamil

                                   

Buat ibu-ibu hamil, anda disarankan untuk mengambil buah naga merah sebagai menu buah-buahan yang perlu anda ambil sewaktu hamil. Buah naga ini boleh diambil secara makan begitu sahaja ataupun boleh dibuat jus dan minum. Rasanya sangat sedap. Terkandung banyak khasiat pada buah naga merah terutama kepada ibu hamil.
Berikut merupakan 5 khasiat buah naga merah kepada ibu hamil. Antaranya adalah :
Mengandungi serat yang tinggi
Kandungan serat yang tinggi pada buah naga merah boleh menceagah masalah sembelit kepada ibu hamil sekiranya diambil setiap hari. Agak merunsingkan para ibu hamil sekiranya mengalami masalah sembelit. Namun, jika pemakanan buah naga merah dijadikan rutin, pasti masalah sembelit dapat diatasi.
Mengandungi Vitamin B3
Vitamin B3 yang dimiliki oleh buah naga bermanfaat kepada janin dalam membantu perkembangan dan pertumbuhan sistem saraf pada tulang belakangnya. Kandungan kalsium yang terkandung dalam buah naga juga dapat meningkatkan pembentukan tulang dan gigi pada janin.
Diperkaya vitamin C, karbohidrat, folates dan serat
Kandungan vitamin C dan serat dapat membantu dalam memenuhi keperluan nutrisi pada ibu hamil dan janin. folates pula dapat membantu dalam pembentukan sel darah merah. Jika ibu hamil kekurangan sek darah merah, ia boleh menyebabkan kecacatan pada bayi yang lazimnya akan menyerang sistem saraf otak bayi. Manakala, karbohidrat pula membekalkan tenaga kepada tubuh badan ibu-ibu hamil.
Antioksidan
Kandungan antioksidan di dalam buah naga merah dapat meningkatkan ketahanan tubuh serta dapat membantu melawan pelbagai jenis penyakit yang boleh menyerang ibu hamil.
Memiliki vitamin B1
Kandungan vitamin B1 membantu bagi melancarkan pencernaan serta pertumbuhan janin.

Semoga perkongsian ini bermanfaat kepada semua pembaca terutama ibu hamil.

Baca Juga :   Produk Kecantikan Terbaik Masa kini

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by