4 Perkara Perlukah Bayi Berbantal


Kerisauan yang sering melanda para ibu buat bayi mereka.  Perlukah bayi berbantal ? Persoalan ibu-ibu muda. ‘’Ok ke leher  baby aku nanti jika tidak beralas bantal, selesa ke dia?’’ Jadi, perlu tak bayi berbantal.

Bila nak baringkan anak ataupun nak tidurkan anak memang macam-macam perkara yang kita buat demi keselesaan bayi kita agar berada dalam keadaan selesa. Ada yang dibedungkan penuh agar bayi tidak mudah terkejut bila tidur, ada yang selimutkan dan ada juga yang memberi bayi beralaskan bantal di kepala dan badan sekali.

Namun, menjadi persoalan. perlukah dan wajarkah bayi anda yang masih berusia 2 tahun ke bawah tidur  beralaskan bantal di kepala. Terdapat banyak penemuan yang menyatakan bayi yang tidur beralaskan bantal akan menghadapi pelbagai risiko kepada kesihatan mereka terutama kepada bayi yang baru dilahirkan.

Dapat saya kongsikan di ini 4 sebab mengapa bayi anda tidak digalakkan untuk memakai bantal tidak kira dalam keadaan mereka tidur ataupun sedang berjaga.

Terdedah kepada risiko SIDS

Sudden Infants Death Syndromedengan singkatannya SIDS  ini merupakan syndrome kematian mengejut meskipun bayi tidak mengalami sebarang masalah kesihatan ataupun sebagainya. Bagaimana hal ini boleh berlaku,  kebanyakan pakar berpendapat, penggunaan bantal meningkatkan risiko SIDS kepada bayi yang berusia 2 tahun ke bawah.

Penyebab punca alahan

Kulit bayi yang mulus lebih peka dan sensitif terhadap debu juga bulu. Keadaan bantal yang mungkin terdedah kepada benda asing yang tidak terlihat dengan mata kasar kita, menimbulkan reaksi alahan kepada bayi anda.  Tambahan, bayi anda sentiasa baring di bantal, menyebabkan kulit leher bayi anda mungkin menjadi luka dan kemerah-merahan.

Sakit tengkuk/leher

Pemilihan bantal yang tidak sesuai kepada bayi anda merupakan salah satu punca bayi anda mengalami sakit tengkuk. Keadaan ini sangat bahaya dan perlu diberi perhatian.  Ia lebih membimbangkan jika bayi anda menggunakan bantal ketika tidur pada waktu malam.

Kesukaran bayi untuk bernafas

Penggunaan batal yang terlalu lembut boleh menyebabkan muka bayi anda terhalang daripada mendapat bekalan oksigen yang cukup. Selain itu, turut dikhuatiri bahan isi bantal terkeluar akibat daripada bantal yang terkoyak sehingga menyebabkan bayi akan sesak nafas.

Baca Juga :   Kelebihan Omega-3 Untuk Bayi

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by