4 Adab Melawat Bayi Baru Lahir


Hari ni saya nak kongsi dengan anda tentang adab melawat bayi yang baru lahir. Bayi yang baru lahir sangat sensitif dengan persekitaran barunya. Oleh sebab itu, kita sebagai pelawat perlu mengikuti beberapa adab yang bersesuaian dengan bayi dan juga ibunya yang dalam tempoh berpantang yang sudah tentu emosinya juga sangat sensitif.

Menjaga kebersihan diri

Pastikan diri anda berada dalam keadaan bersih sama ada fizikal dan juga pakaian anda. Bayi mempunyai sistem ketahanan yang rendah dan mudah dijangkiti kuman. Oleh itu, kebersihan sangat penting  sebelum anda menyentuh kulit si comel yang mulus.

Kesihatan diri

Pastikan diri anda sihat dan tidak berada dalam keadaan demam, selsema ataupun batuk.  Keadaan diri anda yang berada dalam keadaan tidak sihat mendedahkan penyakit anda berpindah kepada orang lain.  Maklum sahaja, ibu yang baru melahirkan juga dalam proses pemulihan untuk kembali sihat. Mereka memerlukan persekitaran yang  sihat dan bersih bagi mengelakkan mereka terdedah kepada jangkitan sewaktu berpantang.

Melawat  pada masa yang sesuai

Ibu-ibu yang baru lepas melahirkan perlukan masa rehat yang cukup. Elakkan datang melawat pada waktu yang tidak bersesauian buat ibu dan bayi mereka. Janganlah datang pada waktu lewat petang, tengahhari ataupun malam.  Lebih-lebih lagi melawat pada waktu malam. Ianya tidak elok sama sekali kepada bayi.  Ini dikhuatiri, ada benda jahat yang mengikuti anda pada waktu malam ataupun lewat petang. Anda sedia maklum, makhluk yang kita tidak nampak ini suka kepada bayi.

Nasihat yang tidak sesuai

Jika anda ingin memberikan nasihat, sebaiknya biarlah nasihat yang sesuia dan elakkan dari menjadi seorang yang berlagak pandai. Sebaiknya, semasa lawatan anda itu perbualan berkisarkan hal-hal yang menjurus kepada perkara-perkara yang berfaedah kepada ibu dan bayi dan tidak menyentuh sensitiviti dalam proses pemulihan diri, fizikal dan emosinya.  Janganlah menyinggung hati dan perasaan si ibu dengan kata-kata anda.

Baca Juga :   Kekerapan Bayi Menyusu

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by