Lima Pemakanan Terbaik Semasa Hamil

Pemakanan semasa hamil sangat mempengaruhi perkembangan janin dan menjamin kelahiran bayi yang cerdas jasmani, kesihatan dan intelektualnya. Di sini kita kongsi lima pemakananan terbaik semasa hamil buat ibu-ibu yang terbaik. 

Susu Kambing
Susu kambing ini mengadungi  kalsium yang sangat tinggi. Ibu mengadung disarankan untuk meminum susu kambing ini untuk membekalkan kalsium buat badan juga kepada bayi.  Ia juga mampu mengelakkan  simptom  kekejangan kaki buat ibu mengandung.  Buat ibu yang pastinya mahukan  kulit bayi anda yang cantik , bersih mulus, susu kambing ini juga mampu membantu menghasilkan kulit bayi anda seperti yang anda inginkan serta mampu mencegah daripada berhadapan risiko masalah penyakit kulit.
Buah Delima
Buah delima merupakan buah terkandung asid folik yang tinggi yang dapat  melindungi otak bayi serta mampu mencegah kecacatan tiub saraf yang boleh menyebabkan kesumbingan pada bayi. Selain itu, Jus delima mampu mencegah serangan jantung dan strok serta dapat menurunkan kadar kolestrol dalam darah ibu mengandung.  Paling utama, buah delima ini merupakan sumber nutrisi buat badan.  Ianya mengandungi  folat, kalium, serat, vitamin A dan E yang amat diperlukan buat ibu mengandung.
Kekacang
Kekacang diperkaya dengan sumber vitamin A dan E, juga terkandung mineral seperti fosfor, kalium, selenium juga tembaga  dalam pengembangan janin yang dikandung.  Ia merupakan menu yang perlu ibu mengandung  ambil kerana kekacang ini merupakan sumber protein dan folat yang baik.
Madu
Madu mengandungi kandungan yang kaya dengan gizi dan kandungan mineral juga merupakan salah sumber tenaga serta ketahanan diri  kepada ibu hamil. Madu juga dapat membantu mencegah pelbagai jenis penyakit seperti darah tinggi, kencing manis, batuk, asma dan membantu mengurangkan rasa mual  ketika diawal proses kehamilan. 
Kurma

Manfaat buah kurma ini kaya dengan zat besi dan vitamin B kompleks yang berperanan dalam pembentukan sel darah merah. Ia juga dapat membantu  dalam melancarkan pembuangan air besar mahupun masalah sembelit buat ibu mengandung yang mungkin bermasalah juga berasa khuatir sekiranya mengalami masalah sembelit.

Baca Juga :   Alfalfa Shaklee Serta Kelebihannya

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by