Cara Atasi Morning Sickness


Cabaran utama bagi ibu yang berada di awal kehamilan, mereka akan mengalami morning sickness (alahan/mabuk).  Tahap morning sickness bergantung kepada diri setiap individu yang sedang hamil. Ada sesetengah individu yang mengalami morning sickness yang sangat teruk. Namun, ada juga sesetengah mereka yang langsung tidak mengalami morning sickness.

Kebiasaannya, simpton morning sickness ini anda akan merasa mual dan loya. Dan anda juga berkemungkinan akan kerap muntah.  Simptom ini biasanya terjadi pada waktu pagi dan akan hilang menjelang tengahari mahupun petang. Ianya bergantung kepada cara anda menangani morning sicknessyang anda alami.
Di sini saya kongsikan beberapa cara yang anda boleh guna apabila anda mengalami morning sickness ketika peringkat awal kehamilan anda. Semoga ianya dapat membantu anda untuk mengatasi morning sicknessini.

Mendapatkan nasihat dan rawatan doktor

Adalah lebih baik jika anda terus mendapatkan khidmat nasihat dan rawatan dari doktor lebih awal sekiranya anda mengalami loya dan mual yang teramat sangat sehingga menyebabkan anda keletihan dan lemah badan yang dipanggil dehidrasi. Jika perlu doktor akan menahan anda di  wad ataupun memberikan anda ubat yang sepatutnya. Bagaimanapun ianya bergantung kepada pemantauan doktor terhadap tahap morning sickness anda. Jangan cepat melatah dan takut untuk berjumpa doktor kerana bimbang akan ditahan wad.

Pengambilan 2 liter air mineral sehari.
Air masak sangat penting untuk mengelakkan ibu mengalami dehidrasi kerana banyak kehilangan air dalam badan semasa muntah yang menyebabkan ibu menjadi letih sehingga pengsan dan kesan yang tidak baik kepada bayi. Oleh itu, ibu digalakkan meminum air masak yang secukupnya.
Jangan biarkan perut anda kosong

Kesan dari morning sickness ini, menyebabkan anda takut untuk mengambil sebarang makanan. Anda khuatir akan muntah  dan juga makanan yang dimakan tidak dapat ditelan mahupun diterima tekak. Cara mengatasi masalah ini agar perut anda tidak kosong, anda boleh cuba mengambil makanan lain seperti biskut ataupun oat sebagai ganti kepada nasi. Asalkan perut anda terisi dan tidak  kosog tanpa sebarang makanan.

Ambil makanan yang masam ataupun menghidu bau limau

Dua cara ini amat besar kesannya  jika  anda gunakan. Tekak yang loya dan mual, kebiasaannya ia akan menjadi serasi apabila kita mengambil asam ataupun jeruk untuk menghilangkan rasa yang tidak  selesa di tekak. Tetapi perlu diingat, jangan mengambil asam dan jeruk ini pada kuantitii yang banyak. Selain itu, bauan seperti limau dapat membantu anda dari  terus berasa ingin muntah disebabkan rasa loya.
Normal bagi semua ibu mengandunng jika mengalami morning sickness. Janganlah anda bimbang dan bersedih sekiranya  anda mengalami morning sickness yang teruk. Ini merupakan satu proses yang badan anda rasakan apabila menerima janin baru yang menumpang di  rahim anda.

Dengan cara yang saya kongsikan ini, saya amat berharap ianya serba sedikit dapat membantu anda dalam mengatasi morning sickness yang anda alami.

Baca Juga :   Kelebihan Amalan Berbengkung

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by