Barang Persediaan Buat Ibu Dan Bayi Sebelum Bersalin


Hari ni, saya nak kongsi tentang barang persediaan ibu dan bayi sebelum bersalin. Ibu yang akan melahirkan bayi yang pertama akan rasa risau dan bimbang dengan persediaan barang keperluan bersalin. Oleh itu, barang-barang persediaan yang penting buat ibu dan bayi anda seperti berikut;

KAIN BATIK

Buat ibu muda yang baru berpengalaman pertama kali untuk bersalin, kain batik adalah salah satu barang penting yang perlu ada dalam bag sebelum ke hospital.  Waktu di hospital nanti , memang tak  sesuai sangat dah kalau anda hendak memakai  seluar, lebih-lebih lagi  yang haya menunggu  masa untuk bersalin kerana setiap masa doktor dan nurse akan membuat pemeriksaan bukaan jalan anda untuk  bersalin. Jadinya, untuk mengelakkan bebelan nurse yang secara percuma itu, lebih baik  pakai  sahajalah kain batik.  Kalau rasa nak pakai kain pelikat en. suami pun boleh juga . (hahahaha) asalkan berkain ye ibu-ibu.

BAJU NURSING FRIENDLY & NURSING BRA

Ok, baju nursing friendly dan juga nursing bra ini penting dan teramat penting dibawa untuk diguna pakai semasa penyusuan bayi  selepas melahirkan nanti. Sebaiknya, baju nursing friendly itu biarlah yang berlengan panjang. Kalau tiada baju nursing friendly, baju berbutang yang berlengan panjang juga memadai untuk diguna pakai.  Jangan pula membawa pakaian yang agak ketat. Untuk nursing bra pula, jangan memakai  yang punya besi. Tidak sihat buat payudara anda.

STOKIN

Jangan pernah dilupakan pada stoking comel anda. Tidak  kisahlah anda nak memakai stokin bercorak bunga, stokin bercorak  warna pelangi, stokin warna hitam terus ataupun stokin warna putih atau coklat. Yang penting, stokin anda hendaklah yang tebal dan selesa dipakai. Pemakaian stokin ini bagi mengelakkan  badan anda yang baru selepas proses melahirkan dimasuki angin.

TOILETERIES DAN MATERNITY PAD

Dalam keadaan kita tidak berupaya dan menahan sakit, janganlah dibiarkan diri kita berada dalam keadaan berbau. Kebersihan diri perlu diutamakan agar diri kita sentiasa segar. Apabila badan kita segar, minda juga aka menjadi cerdas dan mampu melawan ketidakupayaan kita menahan kesakitan.  Awal- awal lagi, masukkan maternity pad dalam bag  agar tak lupa. Ianya oenting untuk  kita gunakan selepas bersalin nanti.

AIR SELUSUH / MINYAK SELUSUH

Air selusuh ini diamalkan sewaktu sebelum bersalin. Tujuannya  untuk memudahkan proses bersalin nanti. Sebelum minum air selusuh ini, selawat ke atas nabi terlebih dahulu kemudian minum.  Seeloknya diamalkan ketika usia kandungan pada 8 bulan.

BUKU PEMERIKSAAN KEHAMILAN

Buku ini amat penting dibawa. Ia merupakan rujukan kepada doktor dan juga nurse. Daripada buku  pemeriksaan  inilah perkembangan bayi anda direkod seawall kehamilan. Di Semenanjung Malaysia, buku ni warna merah pink gitu. Kalau di Sabah, bukunya warna putih. Di Sarawak tak pasti la pulak. Boleh Tanya orang Sarawak macam mana. Hehehe.

BAJU BAYI

Siapkan baju bayi yang berlengan panjang beberapa helai.  Tidak tercicir, sarung tangan, stokin, penutup kepala, lampin dan juga bedung bayi anda.buat anda yang baru bergelar gelaran ibu, jangan pula ikut rasa excited bawa baju-baju bayi yang berfesyen ye.

PAMPERS

Anda perlulah membawa pampers untuk kegunaan bayi anda nanti. Pihak hospital tidak akan sediakan keperluan pampers untuk bayi anda. Jadi anda perlu menyediakan pampers sendiri ye.

MINYAK BAYI

Minyak ini perlu untuk disapu pada perut , betis, tapak kaki dan juga belakang telinga bayi anda.sapu sedikit sahaja agar bayi anda tidak kembung perut. Tapi harus ingat, ketika sapu minyak ini pada perut bayi , anda perlu berhati-hati agar tidak kena pada bahagian pusat bayi yang masih belum tanggal. Ikut pengalaman saya Baby Herbal Cream Tropika yang terbaik digunakan untuk bayi seawal usia sehari.

TISU BASAH

Tisu basah ini penting untuk membersihkan bayi anda selepas mereka membuang hadas besar dan kecil.  Benda kecil ini, jika tidak diberi perhatian, boleh membuatkan anda lupa.


Rasanya, cukup sudah barang penting yang perlu anda bawa. Sekiranya anda punya barang lain yang menjadi keutamaan , anda boleh menambah sendiri.  Buat anda yang bakal bergelar ibu, tahniah saya ucapkan. Buat anda yang telah bergelar ibu , tahniah juga saya ucapkan atas pertambahan  zuriat baru.  Akhir kata, selamat berpantang dari saya .





Baca Juga :   Tanda-Tanda Hamil Anak Perempuan

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by