5 Kaedah Tangani Obesiti


Obesiti  antara kegerunan semua individu dan sebolehnya mahu dielakkan. Namun, ada beberapa faktor yang menyababkan obesiti dan susah untuk dielakkan terutamanya yang diwarisi dari keturunan dan amalan pemakanan yang tidak sihat. Bila menjadi habit atau kebiasaan, perlu mempunyai keazaman yang kuat untuk berubah. Antara kaedah tangani obesiti yang boleh dikongsi di sini ialah:

Amalan pemakanan protein tinggi

Amalan pemakanan protein tinggi dapat membantu mengurangkan berat badan dengan baik. Antara makanan protein tinggi seperti ikan, telur, daging, kekacang dan tenusu. Cara pemakanan juga perlu betul, terurus dan berjadual bagi menjamin keberkesanan. Untuk mendapatkan kesan yang lebih baik, dapatkan nasihat dari pakar pemakanan.

Senaman

Senaman juga perlu dilakukan secara berkala dan berterusan untuk menjamin kesihatan yang berterusan. Senaman boleh dilakukan dengan pelbagai kaedah yang penting bersesuaian dengan diri anda. Pilih senaman dan jenis sukan yang anda minati. Senaman juga jika dilakukan dengan baik dan betul dapat meningkatkan kestabilan fizikal, emosi dan rohani individu.

Pengurangan Makanan Tinggi Kalori

Makanan berkalori penting sebagai sumber tenaga individu, namun kalori yang berlebihan akan membentuk lemak yang tidak diperlukan badan.  Contohnya nasi goreng, kentang goreng, makanan dimasak bersantan seumpama nasi lemak. Oleh yang demikian, boleh diambil tetapi tabiat yang perlu diubah sekiranya anda mahu keluar dan tidak mahu masuk dalam zon obesiti.

Tambah makanan Tinggi Serat dan kurangkan makanan rendah lemak

Makanan tinggi serat dan rendah lemak ialah kebanyakan banyak dalam buah-buahan dan sayur-sayuran seperti nenas, pisang, epal, oat, asparagus, bayam, sawi, kobis, tomato dan banyak lagi.makanan ini dapat meningkatkan kadar metabolisme badan dan dapat mengurangkan obesiti.

Terapi

Terapi ini perlu supaya pakar terapi makanan dapat membantu anda mengenalpasti punca tabiat pemakanan yang menyebabkan anda obesiti dan kaedah   untuk menangani dengan lebih berkesan dan dipantau oleh pakar sepanjang tempoh anda ingin membuat perubahan. Terapi ini dapat membantu anda meningkatkan motivasi untuk berubah dan pembimbing dalam usaha anda mendisiplinkan diri.

Selamat mencuba. Amalkan gaya hidup yang sihat. Keluar dari zon obesiti. 

Baca Juga :   Punca Sakit Pinggang Pada Wanita Muda

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by