Pengalaman Masa Berpantang Bahagian 2


Sambungan Pengalaman Masa Berpantang.  pelbagai cara dan kaedah perlu dilakukan sebagai penjagaan kepada kesihatan ibu yang lebih baik cara gaya hidup yang lebih sihat selepas bersalin supaya ibu kekal cantik jelita walaupun telah mempunyai anak. selamat mencuba.  

Berganggang
Berganggang ni, duduk dan tidur atas api yang panas. Kalau orang dulu-dulu pasang bara arang di bawah kerusi kayu yang berlubang-lubang dan dialas dengan tikar mengkuang di atas. Tapi nak tahu apa Umi buat, Umi pasang dapur gas bawah kerusi kayu abah yang buat. Hihi. Orang moden katakana sebab kalau pasang bara arang, habis la asap satu rumah. Umi bukan duduk rumah kampung. Tinggal rumah teres, silap-silap asap sampai rumah jiran sebelah.
                Tujuan ganggang ni untuk panaskan badan, berpeluh dan keluarkan angin dalam badan. Biasanya Umi ganggang sambil bertungku. Paling seronok awal pagi sebelum mandi. Segar rasa badan. Darah pun keluar dengan lancar.
Makan Makanan Cepat Sembuh Luka dan Panas
Bab makan ni satu lagi isu berpantang yang panjang lebar. Makan makanan yang berkhasiat dan  elakkan makanan yang sejuk dan menyebabkan luka lambat sembuh seperti kangkung, cili, terung, labu, ikan bersengat dan daging lembu yang menyebabkan sembelit. Makanan sejuk juga boleh menyebabkan mudah masukm angin dalam badan dan sakit berpanjangan.  Ikan haruan  sangat  baik untuk menyembuhkan luka. Ikan selar dan ikan tenggiri antara menu yang sesuai untuk ibu berpantang.
                Minum air suam sepanjang masa, seeloknya minum air rebusan manjakani. Ubat untuk luka dalam dan kecutklan peranakan. Minum air jangan berselang dangan suapan nasi untuk mengelakkan perut buncit dan mengeleber.
Pantang Hubungan Suami Isteri
Amalan ini wajib sampai 40 hari, yang terbaik sampai 100 hari. Kerjasama dan sokongan dari suami sangat bermakna dalam usaha ibu-ibu berpantang untuk sihat dan sembuh sepenuhnya bagi menjamin kesihatan yang baik.
Jaga Ibu Jari Kaki Dari Tersepak
Bonda selalu ingatkan supaya tidak bentan. Mungkin sistem saraf peranakan dari ibu jari kaki. Jaga supaya nak-anak tidak tersepak dan berjalan dengan sopan santun.
Menjaga ubat-ubatan
Dalam usaha menjaga kesihatan, Umi mengambil ubat sembuh luka, ubat kecut peranakan dan ubat luka dalam dari klinik swasta khas untuk ibu bersalin untuk sebulan. Paling kurang untuk 2 minggu. Dalam masa yang sama, selepas seminggu  Umi mula ambik ubat-ubatan akar kayu dan juga jamu. Selang masa aturan ubat ini diambil. Jamu juga perlu bersesuian dengan bayi terutama bayi yang menyusu badan.  Jamu sesuai diminum selepas tempoh seminggu. Banyak jenis jamu yang terdapat di pasaran pada masa kini yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan kehendak ibu-ibu berpantang.
Menyusu Bayi Sekerap Mungkin
Menyusu juga antara amalan yang baik untuk mengecutkan rahim selepas bersalin. Bukan sahaja saranan bidan kampung tapi juga pandangan doctor dan juga jururawat.
Berurut
Amalan berurut untuk membantu menghilangkan rasa nyeri dan lenguh-lenguh badan selepas bersalin. Kalau bidan kampung yang pandai membuat urutan peranakan. Jika tidak ada kemahiran, lebih baik elakkan. Ini untuk membantu rasa selesa pada rahim dan sistem peranakan selepas proses bersalin. Berurut paling kurang 3 kali hari dalam proses berpantang. Ada bidan yang tunggu seminggu selepas bersalin untuk berurut, ada juga bidan yang boleh berurut selepas bersalin. Tengok keadaan dan kesesuaian ibu-ibu itu sendiri yang selesa dengan keadaan tersebut. Kalau ikut pengalaman saya, tiada masalah berurut selepas bersalin, biasanya dalam masa seminggu pertama sehingga badan rasa selesa.
Berbekung
Berbekung juga amalan berpantang yang agak rumit pada mulanya masa berpantang anak yang pertama sebab belum ada pengalaman. Bekung guna bekung kain macam baby. Rasa kurang selesa dan bergantung kepada orang lain untuk membantu membenkung macam baby juga. Biasanya 3 hari yang pertama, Umi berbekung guna garam kunyit, tiada masalah bekung guna bekung kain macam baby. Selepas 3 hari, Umi guna bekung moden. Haha..ada jual di pasaran yang senang tampal dan elastic. Senang pasang dan senang buka sendiri tanpa bergantung dengan orang lain. Paling sesuai untuk ibu-ibu yang berpantang sendirian tanpa ramai orang yang menjaga.
                Bekung ni penting untuk kempiskan semula perut yang mengeleber. Biasa Umi akan bekung sehingga 100 hari. Dalam masa 40 hari tu bekung guna jamu dan ubat ubatan herba. Selepas tu, Umi guna je losyen yang panas di pasaran yang sangat membantu.
Semoga perkongsian ini dapat membantu ibu-ibu terutamanya yang berpantang sendiri dan jauh tinggal di perantauan. Demi untuk kelangsungan hidup, kesihatan yang baik bagi seorang wanita dan ibu sangat penting dalam menjamin rumahtangga yang bahagia. Selamat beramal.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh