3 Tanda Anak Mula Berdendam

Kanak-kanak tidak pandai berdendam dan tidak tahu tentang perasaan dendam, tetapi ibu bapa yang boleh kenalpasti kewujudan perasaan dendam dalam diri seseorang anak. Mula-mula seorang kanak-kanak akan mempunyai egosentrik iaitu pentingkan diri seperti tidak mahu berkongsi permainan dengan adik beradik atau rakan-rakan mereka. Antara tanda yang boleh ibu bapa kenalpasti wujud perasaan dendam dalam diri anak ialah ;

  • Membalas balik sesuatu yang dilakukan oleh adik-beradik atau rakan mereka yang menimbulkan rasa tidak puashati mereka.  
  • Jika tidak dapat membalas balik, mereka cuba bertindak untuk melempar  atau memusnahkan barang kepunyaan adik-beradik atau kawan mereka.
  • Walaupun selepas beberapa hari, mereka masih ingat kekasaran yang dilakukan oleh adik-beradik atau kawan mereka dengan menyebut benda yang sama berulang-ulang.
Jika anak anda mempunyai tingklahlaku seperti ini anda perlu tangani segera supaya sifat pendemdam tersebut tidak berterusan sehingga mereka meningkat ke alam remaja dan dewasa dengan;

  • Bantu tenangkan perasaan mereka dengan buat dia lupa dengan situasi tersebut seperti alihkan kepada perkara yang dapat menarik minatnya seperti mainan atau situasi lain yang menyeronokkan.
  • Cuba fahamkan anak bahawa kakak atau abangnya atau kawan tidak sengaja.
  • Elakkan menyebelahi mana-mana pihak bila berlaku pergaduhan dan akhiri situasi pergaduhan dengan bermaf-maafan dan bersalaman.
   

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss
Baca Juga :   Si Kecil Kerap Buka Peti Ais, Ini Sebabnya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.