11 Petua Mudah Bersalin Bahagian 2

Permudahkan Urusan Orang Lain

Semasa mengandung, suami dan isteri bekerja dengan baik dan permudahkan urusan orang lain dengan harapan Allah SWT memudahkan urusan bersalin. Contohnya semasa membawa kenderaan, bagi laluan kepada orang lain. Amalan yang senang sahaja dibuat. Kadang-kadang kekerasan hati membuatkan orang tidak mahu membantu.            

Minum Minyak

Minum minyak Zaitun/ minyak Kelapa Dara dari awal kandungan sehingga bersalin. Ini kerana minyak mempunyai banyak khasiat yang dapat membantu melancarkan proses bersalin.

Makan  Telur Mentah

Makan telur mentah ni masa dah ada tanda-tanda nak bersalin seperti mula keluar lendir, darah, air atau sakit-sakit berhenti. Telur yang terbaik ialah telur ayam kampung. Namun, kalau tiada pilihan telur ayam biasa pun boleh juga membantu mempercepat proses bukaan jalan di samping menambahkan tenaga untuk ibu meneran.

    Minum Air/Minyak Selusuh

Air atau minyak selusuh yang terbaik ialah air dan minyak selusuh yang dibuat sendiri oleh suami. Doa suami untuk isteri dan anak lebih berkesan dari doa orang lain yang tidak mempunyai pertalian.

Makan Buah Kurma

Buah kurma mempunyai kandungan zat yang tinggi dan sangat membantu menguatkan tenaga. Tenaga yang banyak dapat melancarkan proses meneran bayi yang bakal keluar.

Zikir dan Ingat Allah SWT

Setelah datang tanda-tanda nak bersalin dan sakit nak bersalin, berzikir dan selalu selawat dengan harapan Allah SWT membantu mempermudah dan mempercepat proses kelahiran yang sangat menyakitkan. Baca doa-doa dipermudahkan seperti doa nabi yunus, doa nabi Ibrahim, doa dipermudahkan segala urusan dan bertawakal kepada Allah dengn ketentuanNya…Amin.


Semoga ibu-ibu yang membaca artikel ini dan mengamalkannya, dipermudahkan segala urusan setiap kali anda bersalin. Ini sekadar perkongsian dari seorang hamba yang kerdil. Kita yang berusaha, tapi semuanya Ketentuan dari Allah SWT. Percaya dan bersangka baik dengan Allah SWT. 

Ini adalah post bahagian kedua. Rujuk sambungan 11 Petua Mudah Bersalin untuk Bahagian 1

Baca Juga :   Cara Memutihkan Kulit Tangan dan Badan

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by