Tiga Kaedah Berkesan Tingkat Fokus Anak

Anak yang bijak merupakan impian semua ibu bapa. Anak fokus tinggi merupakan salah satu komponen dalam melihat kebijaksanaan anak. Namun, ibu bapa yang mencorakkan mereka untuk menjadi anak yang sepertimana. 

1.Senaman
Senaman dalam kalangan kanak-kanak dapat menghasilkan kesihatan fizikal dan kecerdasan mental serta dapat meningkatkan daya fokus. Senaman yang sesuai lebih kurang 15 hingga 30 minit.Elakkan dari bermain yang berlebihan. Senaman yang menyeronokkan dapat membantu anak-anak masa kini dari fokus dengan gadjet sahaja. Dalam usaha meningkatkan fokus anak ini mungkin ibu bapa boleh memainkan peranan untuk memanipulasi permainan dalam pembelajaran supaya menjadi seronok dan dalam masa yang sama anak-anak bersenam sambil belajar.

2. Fahami masa yang sesuai untuk anak fokus
Sebagai ibu bapa kepada seorang anak, kita yang lebih memahami cara dan gaya anak-anak kita. Tahap kecerdasan dan daya fokus anak berbeza antara anak-anak. Mungkin anak yang cergas dan cerdas tiada masalah untuk terus belajar selepas pulang dari sekolah namun ada anak yang perlu makan dan berehat 10 hingga 30 minit untuk meningkatkan semula daya fokus mereka.

3. Memberi dorongan dan pujian
Emosi anak akan berkembang dengan baik bila mendapat pujian dan dorongan daripada kedua ibu bapanya terutama dalam usia lingkungan sosial seawal 5 tahun. Apabila mereka mendapat sokongan emosi yang baik,minat dan daya fokus untuk belajar semakin menguat dalam diri anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam usaha mereka membuat sesuatu yang baru. Dorongan ini mungkin dengan kaedah yang mudah dan senang seperti memberi bintang dengan hasil kerja mereka sudah cukup membuat seorang anak rasa gembira dan bermotivasi.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

Baca Juga :   4 Kebaikan Membaca Buku Cerita Kepada Anak Sebelum Tidur

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by