Pengalaman Masa Berpantang Bahagian 1

Banyak pantang larang selepas bersalin yang boleh dikongsi bersama. Pantang larang ini untuk menjaga kesihatan dan kecantikan semula selepas bersalin. Bila cakap tentang berpantang sesuatu yang kurang disenangi dan agak rumit untuk diamalkan. Namun, untuk mengekalkan kesihatan yang berpanjangan, lebih banyak kebaikan dari keburukan dalam amalan berpantang ini berdasarkan pengalaman yang pernah dilalui.

Jalan Perlahan
Jalan perlahan supaya menjaga jahitan dan juga peranakan selepas bersalin. Menjaga tatasusila berjalan dan saya juga rasa bimbang nak jalan laju macam tak bersalin tu.

Pakai Kain Bawah Pusat
Pakai kain bawah pusat pun sangat dititikberatkan oleh Bondaku tersayang. Menurut Bonda, amalan ini pun untuk menjaga peranakan. Sampai 40 hari pakai kain ke, skirt ke macam ni.

Elak Duduk Mencangkuk dan Tunduk
Kalau amalan ni, bukan Bonda je yang bagitau, walhal jururawat pun pernah ingatkan jangan duduk mencangkung. Mungkin sebab jahitan kat bawah tu. Eee…kalau ingat balik, masih lagi segar ingatan rasa gerun tu. Makcik tukang urut pun pesan bukan je duduk mencangkung tapi tunduk 90 darjah pun dia tak bagi. Salah etika berpantang. HIhi. Rasionalnya mungkin sebab peranakan dalam masih lagi luka dan bengkak.

Tidur  Pastikan Berbantal
Amalan ni supaya ibu dapat tidur dengan selesa dan melancarkan pengaliran darah nifas keluar sepanjang masa walaupun ibu tidur.

Sentiasa Memakai Stokin
Stokin sangat penting sentiasa dipakai supaya tidak masuk angin dalam badan. Kaki yang sejuk cepat masuk angin dan menyebabkan rasa sakit kepala dan seram sejuk dalam badan. Rasa macam ni sangat mengganggu ibu-ibu dalam proses berpantang kerana kesihatan terganggu akan mempengaruhi mood ibu dan bayi yang baru lahir.

Baju Tebal Sekiranya Cuaca Sejuk
Cuaca sekarang sangat panas. Tak sama macam zaman dulu-dulu yang selalu sejuk pada waktu pagi dan malam. Oleh sebab itu, pakai baju tebal sekiranya cuaca dirasakan sejuk seperti hari hujan atau berada di tempat yang berhawa dingin.

Mandi Air Rebusan Herba/ Air Panas
Sebaik-baiknya mandi air rebusan herba paling kurang seminggu selepas bersalin. Contoh air rebusan seperti daun serai wangi, daun dan buah mengkudu, daun kunyit, lengkuas, daun pandan dan macam-macam lagi tumbuhan herba yang boleh dijadikan sebagai bahan campuran dalam rebusan dan mandi supaya wangi-wangian herba ini dapat menyegarkan badan ibu dalam berpantang dan membina semangat baru. Kalau berpantang kat kampung banyak tanaman herba di tepi rumah.
                Kalau susah nak cari dan tinggal dibandar, beli jer set bersalin yang siap lengkap dengan uncang herba mandian. Tinggal rebus dan mandi. Senangkan sekarang ni. Paling kurang pun, mandi dengan air panas. Elakkan mandi dengan air sejuk supaya badan tidak cepat masuk angin dan mudah terkena bentan.
                Basuh miss V juga dengan air suam dari rebusan herba. Paling kurang air daun sireh atau air rebusan manjakani. Ini bagi membantu menyembuhkan luka luaran.

Kaki Rapat Semasa Tidur
Berehat dengan tenang dan selesa yang mungkin. Keadaan ini supaya peranakan cepat pulih semula.

Duduk bersimpuh
Sekiranya mahu duduk, duduk dalam keadaan bersimpuh. Ini bagi menjaga luka dan juga peranakan juga.

Bertungku
Amalan wajib yang saya buat lepas bersalin. Pesan Bonda, apalagi nak buat dalam pantang ni, kalau baby tidur, bertungku la. Bertungku untuk cairkan darah beku dalam rahim dan lancarkan darah keluar. Paling kurang 2 kali sehari. Kalau ikut arahan Bonda, sekerap mungkin. Letak bawah rahim. Kalau rasa panas angkat. Seronok juga bertungku ni kalau tak ada kerja dan baby tidur dengan lena. Kalau kat kampung ada juga bidan ambik upah bertungku. Boleh la cari kalau masih ada bidan yang buat perkhidmatan ni.

Rujuk sambungan pengalaman masa berpantang bahagian 2 

Baca Juga :   Tips Penjagaan Wajah Yang Betul dan Berkesan

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by