Panduan Pilih Pam Susu

Pam susu sangat penting untuk ibu-ibu yang ingin memberikan susu ibu sepenuhnya kepada anak dalam masa 2 tahun yang pertama. Suka Umi nak kongsi kat sini macam mana Umi pilih pam susu untuk penyusuan ibu sepenuhnya. Masa anak pertama dulu Umi guna pam susu manual jer, anak kedua guna pam susu kuasa bateri dan anak ketiga canggih dah ye sekarang ni, pam susu guna elektrik dan power bank. Senang sangat, nak dengan tak nak jer. Di pasaran masa kini ada banyak pilihan yang mungkin akan mengelirukan ibu-ibu bekerjaya.
Kos
Kos  atau harga pam pilihan pelbagai tahap mengikut jenama yang ada di kedai  offline atau online. Anda boleh buat perbandingan dan buat kajian tentang harga. Mungkin boleh tengok di kedai online untuk memudahkan ibu-ibu yang tidak punyak banyak masa untuk ke kedai.
Berat pam
Pelbagai saiz dan berat pam susu yang boleh dipilih kerana lain jenama, lain lagi gaya, berat dan saiz. Bagi memudahkan ibu bekerja, elok memilih saiz yang kecil dan ringan kerana mudah untuk dibawa ke mana-mana.
Jenama
Jenama pada masa kini sangat banyak untuk dipilih seperti Fify, Pureen, Tollyjoy, Autum,  Medela, Spectra, Anakku, Unimom, Malish. Namun lagi bagus kerana sebagai pengguna kita dapat buat pilihan yang terbaik untuk kemudahan dan lebih menjimatkan. Jenama apa pun yang penting sesuai dan selesa  dengan penggunaan kita di tempat kerja dan terbaiknya mempunyai alat ganti dan senang dibaik pulih.
Tahap bunyi
Tahap kekuatan bunyi juga sangat penting kerana ibu akan lebih selesa mengepam susu di tempat kerja tanpa mengganggu orang lain. Bunyi yang kuat sehingga menyebabkan ibu kurang selesa akan menggangu emosi ibu dan tahap kerajinan ibu untuk mengumpul susu.
Jenis Pam
Pam susu ada jenis manual yang menggunakan tangan untuk mengepam, jenis automatik pula ada menggunakan kuasa bateri  sahaja dan ada yang boleh mengunakan bateri dan elektrik. Terkini lagi ada yang menggunakan elektrik dan power bank. Canggihkan pilihan pam susu masa kini. Ada juga yang satu corong dan doublecorong. 
Buat lah pilihan yang terbaik mengikut kesesuaian dan keselesaan anda. Selamat membuat pilihan.
  

Baca Juga :   Kelebihan Amalan Berbengkung

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.