Ibu

11 Petua Mudah Bersalin Bahagian 1

Mudah atau susah bersalin bergantung kepada setiap individu dan ketentuan Allah SWT. Namun kita boleh berusaha, berdoa dan tawakal dengan Allah SWT supaya mudah bersalin. Petua Mudah bersalin ini antara beberapa usaha yang boleh dilakukan untuk membantu ibu-ibu mudah dalam proses bersalin dari masa awal kehamilan lagi.


Niat
Niat yang baik untuk anak yang dianugerahkan dan niat dipermudahkan segala urusan  bersalin. Pasang niat untuk bersalin dengan cara yang mudah dan kurang sakit. Elakkan niat bersalin di tempat mana dan dengan siapa perlu ada semasa bersalin. Percaya dengan ketentuan Allah SWT bahawa di mana atau dengan siapa kita bakal bersalin nanti, itu adalah ketentuan yang terbaik dariNya.


Baca A-Quran
Membaca Al-Quran amalan mulia yang perlu dilakukan walaupun bukan semasa hamil. Oleh itu, semasa proses kehamilan dan menunggu untuk bersalin, amalan ini perlu dipertingkatkan dengan harapan anak yang bakal lahir mendengar ayat Allah SWT dari dalam kandungan lagi dengan harapan keluar menjadi anak yang baik. Semoga dengan amalan ini yang banyak dapat membantu memudahkan proses bersalin terutama membaca surah Maryam.


Solat SunatBegitu juga amalan solat sunat ini seperti Solat Sunat Hajat, Solat Sunat Tahajjud, Solat Sunat Istikharah, Solat Sunat Dhuha dan lain-lain. Banyak kelebihan dan manfaatnya kepada ibu-ibu yang sedang mengandung. Amalan ini dapat membantu ibu-ibu mengandung dengan tenang dan bersalin dengan mudah. Tingkatkan amal dengan harapan melahirkan generasi yang baik dan manfaatnya sangat besar.


Sentiasa Mohon Maaf Dengan SuamiSebagai seorang isteri dan tinggal sebumbung, sudah tentu ada sahaja salah faham, kekeliruan, pergaduhan dan rajuk setiap masa. Oleh sebab itu, sentiasa mohon maaf dengan suami dan minta suami mendoakan dipermudahkan semua urusan bersalin. Bersalin dengan selamat dan melahirkan zuriat yang baik akhlak, fizikal, kesihatan, emosi, dan intelektualnya.


Baik Kepada Kedua Ibu Bapa
Bertingkahlaku baik kepada kedua ibu bapa, tidak kira ibu bapa sendiri atau ibu bapa mentua. Jaga hati dan perasaan mereka lebih-lebih lagi orang tua yang lebih sensitif dengan kekurangan tenaga dan keupayaan mereka. Begitu juga dengan suami, bukan sahaja isteri kerana anak yang bakal lahir adalah penyambung zuriat keturunan bersama. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh