Ibu

Sifat Pendidik Yang Berjaya

Pendidik adalah tugas yang sangat mulia. Namun, pelbagai cabaran yang perlu dihadapi dan ditangani dalam usaha mendidik dalam era globalisasi kerana anak-anak kini mempunyai pelbagai karenah yang kadang-kadang tidak terjangkau dek pemikiran orang dewasa. Cara mendidik juga perlu dipertingkatkan supaya dapat menjamin kualiti didikan dan meningkatkan keberkesanan didikan itu sendiri. Oleh yang demikian, sifat pendidik juga perlu berubah seiring bagi memenuhi tuntutan cabaran mendidik masa kini.

 Sabar

Sabar sangat dituntut dalam usaha mendidik kerana dalam usaha mendidik bukan dengan sekali mengajar, memberitahu, menasihati terus masuk ke pemikiran anak-anak. Mereka mempunyai 1001 karenah dan pelbagai jenis sikap, personaliti dan tingkahlaku serta penerimaan yang berbeza. Dengan sikap sabar dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh pendidik itu sendiri kerana mungkin ajaran kita, nasihat kita pada hari ini, akan dapat menghasilkan celik akal mereka 5 atau 10 tahun akan datang. Oleh itu, kesabaran sangat penting dalam usaha mendidik dan menjadi pendidik yang berjaya.  

Lemah lembut

Sifat lemah lembut juga antara sifat pendidik yang berjaya. Lemah lembut dalam tutur kata dan bicara kadang-kala dapat memberi sentuhan pada hati dengan mendalam. Mungkin tidak semua anak-anak berkesan dengan didikan lemah lembut tetapi secara semulajadi semua orang suka dilayan dengan baik oleh orang lain.

Penyayang

Pendidik yang berjaya juga seorang yang penyayang. Oleh sebab rasa sayang yang menggunung tinggi yang menjadikan seseorang pendidik mendidik dengan sebaiknya. Sayang dengan generasi yang akan meneruskan legasi masa akan datang. Walaupun marah, namun marah dengan penuh kasih sayang akan dapat dirasai oleh anak-anak.

Seimbang dengan sesuatu perkara

Seimbang dengan sesuatu perkara bermaksud tidak ada tindakan berat sebelah dalam usaha mendidik. Sangat memahami setiap anak-anak tanpa ada bias seperti layanan terhadap yang yang pandai dan kurang pandai. Selain itu, seperti berhadapan dengan situasi anak-anak yang bergaduh. Hadapi dan tangani dengan berhemah tanpa menyalah satu pihak sahaja. Kesimpulannya sederhana dalam kata-kata dan tindakan.

Nasihat yang baik

Sentiasa menyatakan kata-kata yang baik kepada anak-anak kerana mereka mendengar dan menyimpan hasil pembelajaran yang dilalui sebagai kenangan, teladan dan proses pembelajaran. Oleh sebab itu penting sebagai pendidik selalu menyampaikan nasihat dan kata-kata yang baik. Pada masa yang sama kata-kata pendidik juga merupakan satu doa kepada anak-anak yang dididik. Semoga       sama-sama kita dapat mentarbiahkan akhlak kita sebagai pendidik yang berjaya dan melestarikan anak-anak yang baik akhlaknya, cemerlang   dunia dan akhirat. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh