Sukan Terbaik Bagi Kanak-kanak

Sukan adalah aktiviti terbaik dalam kalangan anak-anak supaya dapat meningkatkan kesihatan fizikal. Fizikal yang sihat akan menghasilkan individu yang cerdas dan sihat. Kebaikan bersukan bukan sahaja untuk fizikal malahan dapat meningkatkan keyakinan diri. Selain itu, kanak-kanak dapat  belajar serta meneroka maklumat tentang permainan tersebut dan melatih nilai bersosial yang baik dengan rakan-rakan. Sukan juga dapat mengenegahkan potensi diri dan mengembangkan kelebihan yang ada. Antara aktiviti sukan yang terbaik ialah memanah atau menembak,  berenang, berlari,dan sukan berkuda.


Sukan memanah atau menembak. Kelebihan sukan ini ialah dapat melatih fizikal dan emosi kanak-kanak dalam menetapkan matlamat pada sasaran yang betul. Sukan memanah ini sangat memerlukan keseimbangan fizikal, mental dan juga emosi. Kekuatan fizikal yang stabil sangat diperlukan untuk melentur panah pada busurnya. Dari segi emosi pula, jika emosi individu yang tidak stabil, panahan atau tembakan akan tersasar. Oleh sebab itu, individu yang gopoh gapah, kurang sabar, pemarah, tidak tenang, kurang ketahanan mental tidak akan menjadi pemanah yang baik. Jika kita melatih anak kita dalam sukan memanah ini, semulajadinya anak kita menjadi seorang yang fokus, penyabar, serta stabil fizikal, mental dan emosi.

Seterusnya sukan renang mempunyai kelebihannya yang tersendiri seperti melibatkan semua bahagian fizikal turut berfungsi seperti otak yang akan berfikir gerak fizikal yang perlu dibuat semasa di dalam air supaya dapat mengimbangi bahagian badan semasa di dalam air. Selain menghasilkan kesihatan fizikal, sukan ini juga boleh menghasilkan susuk badan yang cantik. Ia juga dikatakan dapat menghilangkan stress serta meningkatkan keberanian.

Sukan berlari. Sukan berlari dikatakan sangat baik kerana ia melibatkan rasa persaingan antara anak-anak yang berlari dan nilai sosial yang baik. Selain itu, melibatkan semua pergerakan fizikal, mental dan juga emosi. Ia dikatakan dapat menajamkan pandangan mata, mengurangkan masalah jantung, mengurangkan keghairahan seks, menguatkan tulang dan otot, lancar cara berfikir dan daya kosentrasi yang baik dan mengurangkan risiko nyanyuk, dan menghasilkan sistem pernafasan yang lebih baik.

Antara sukan yang terbaik juga ialah sukan berkuda. Dikatakan terbaik kerana boleh meningkatkan kesihatan sehingga dapat memberikan manfaat kepada fizikal dan juga mental. Semasa lompatan kuda dan berlari menyebabkan tulang belakang manusia bergesel dengan baik  dan  merangsang saraf tulang belakang seperti diurut. Tukang urut juga tidak dapat membuat urutan kepada tulang belakang seperti mana tulang belakang bergesel semasa menunggang kuda. Duduk ditempat tunggangan kuda dan menunggang kuda, baik untuk merawat masalah tulang belakang manusia. Tulang rangka, otot dan organ dalaman seperti sistem perkumuhan, sistem penghadaman, sistem saraf dan organ seksual menjadi sihat. Penunggang kuda yang baik biasanya tidak mengalami masalah sakit tulang belakang dan terlibat dengan gejala seks bebas.  Jika anak-anak kita terlibat dengan aktiviti sukan berkuda ini akan dapat meningkatkan kualiti daya penglihatan hasil dari ransangan pada saraf mata semasa menunggang kuda.


Formulasinya, kita latih anak-anak dari kecil untuk memupuk minat mereka terlibat dengan pelbagai jenis sukan yang terbaik ini untuk meningkatkan stamina dalam usaha mendidik anak yang seimbang kesihatan jasmani serta rohani dan spiritual. Semoga dapat membantu dalam usaha mendidik generasi cemerlang dunia dan akhirat. 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh