Barang-barang Keperluan Bersalin


Adakah ibu-ibu bakal menimang cahaya mata yang pertama? Atau anak kedua dan ketiga yang sudah lama jaraknya. Kadang-kadang kita tahu, tapi lupa setelah sekian lama meninggalkan masa bersalin dan berpantang. Anda perlukan senarai keperluan bersalin. Oleh sebab itu, di sini Umi ingin berkongsi tentang barang keperluan untuk bersalin dan bakal menimang cahaya mata yang baru. Teruja rasanya nak ada baby baru kan? Terbayang wanginya bau baby. Di sini kita berkongsi tentang barang keperluan sebelum, ketika dan selepas bersalin.

Barang-barang keperluan bayi selepas dilahirkan;

Baju. Baju pastikan beli yang butang di hadapan sebab senang nak pakaikan. Badan yang lembut susah nak sarung. Beli baju yang nipis dan kain lembut memandangkan sekarang musim panas.

Kain Lampin.10-12 helai sudah mencukupi kerana bayi sekarang pakai pampers pakai buang.

Pampers. Beli yang saiz new born sebab sesuai untuk baby baru lahir. Banyak jenama di pasaran yang boleh dipilih. Biasa Ummi beli jenama Drypers.

Pelapik getah atau plastikuntuk tukar lampin. Beli pelapik yang ringan kerana senang     nak angkat. Kalau yang berat susah nak bawa dalam beg kalau nak pergi jalan-jalan.

Kelambu baby. Sekarang ada banyak jenis kelambu baby. Ada yang sekali dengan tilam. Ada yang asing. Tapi kalau yang sekali dengan tilam senang guna kalau di rumah. Masa nak travel susah sikit nak bawa. Terpulang kepada anda mengikut kesesuaian dan citarasa untuk baby anda kerana fungsinya untuk elak baby dari nyamuk. Kesian pipi gebu kalau kena gigit nyamuk. Tapi guna citronella boleh juga halau nyamuk.hihi.

Tilam baby perlu ada sekurangnya dua. Satu  yang tebal, bagus kalau dibuat dari kekabu kerana babyselesa dan satu yang ringan, sebab senang nak bawa pergi mana-mana.

Bantal baby jangan tinggi sangat dan sesuai yang lekuk di tengah supaya babytidak tido miring sebelah. Kepala babymudah terbentuk.

Wet tissue juga penting untuk lap najis baby kerana baru lahir susah nak angkat baby dan basuh dengan air.

Tisu kering biasa dalam kotak untuk lap.

Kain barut perut baby untuk elak kembung perut. Sekarang ada yang tampal  terus. Cari di pasaraya ada semua jenama baby macam Pureen, Anakku, Fiffy dan lain-lain.

Stokin tangan dan kaki baby sangat penting sebab kuku baby panjang untuk mengelakkan cakar muka dan sejuk kaki baby.

Sapu tangan baby untuk lap susu lepas baby menyusu. Kalau tak nanti kulit baby mudah jadi enzema.

Kain selimut baby untuk waktu malam yang sejuk.

Jemuran bulat untuk senang sidai pakaian yang dibasuh terutama                    pakaian kecil baby.

Tong sampah, tempat buang pampers, wet tissue dan sebagainya. Sesuai yang bertutup untuk elak berbau pampers.

Botol susu kecil, beli puting yang lubang dia bukan bulat tapi X atau Y dan  short neck…(putting pendek).

Susu formula sebab biasanya hari pertama dan kedua, susu badan tidak banyak keluar, so baby lapar. Bagi lah dia susu formula untuk  alas perut sementara susu badan banyak. Bergantung kepada ibu juga, ada ibu yang terus keluar banyak susu selepas bersalin. Amalkan teknik urutan untuk keluar banyak air susu lepas bersalin.

Pencuci botol susujangan guna sabun basuh pinggan. Ada sabun khas, banyak jual kat supermarket.

Pam Susu penting terutamanya kepada ibu yang bekerja untuk menghasilkan stok susu bila bekerja kelak. 

Sabun mandi  untuk basuh pakaian baby. Sabun basuh tidak sesuai untuk basuh baju baby. Guna sabun mandi hingga baby 6 bulan, bila basuh kain lampin baby jangan guna berus atau apa pun hanya guna sabun mandi sahaja. Sekarang ada juga sabun basuh baju baby khas dalam bentuk cecair, wangi juga.

Cotton bud baby. Beli yang kecil dan kemas balutan.  

Ball Cotton untuk cuci pusat baby dan sapu ubat pusat.

Minyak bayi untuk sapu pada perut baby supaya mengelakkan kembung perut. Macam-macam jenama ada di pasaran. Umi suka guna Baby Herbal Cream Tropika.  

Mandian, losen, syampu, bedak..bergantung kepada kulit bayi. Ada bayi yang tidak sesuai menggunakan sabun yang macam-macam jenama, begitu juga bedak. Umi suka guna kanji je untuk baby jika perlu macam ada merah-merah di celah peha baby. Jika tak perlu, Umi guna minyak Lavender Tropika, sangat wangi untuk kulit dan rambut sekali. Kalau lepas cukur rambut, biasanya rambut lambat tumbuh semula, jadi Umi guna minyak ni supaya rambut cepat tumbuh.
Apa-apa yang difikirkan perlu
Barang-barang yang diperlukan mak baby:

Pad yang lembut  dan  selesa

Kain batik dan t-shirt cotton. Senang nak pakai dan selesa.

Stokin. Elakkan sejuk kaki.

Ubat bekung perut untuk kempis perut semula. Penting kalau ibu-ibu nak jaga  perut langsing macam anak dara semula. Banyak jenama di pasaran. Pilih je. Seminggu lepas bersalin biasa Umi guna ubat tradisional kampung macam garam kunyit.  Selepas tu, Umi guna losyen halia je sampai 100 hari.

Pati gamat/pil gamat/pati ikan haruan, untuk cepat sembuh luka.

Ikan haruan, buat sup + halia + lada hitam

Manjakani, rebus n minum  airnya untuk kecutkan peranakan. Sekarang ada serbuk manjakani. Kacau jer dalam air panas dan minum. Senangkan.

Bra breast fedding. Senang nak bagi susu kat baby. Sekarang banyak dijual di pasaran. Baju blouse dan baju kurung pun banyak untuk senang menyusu.

Bengkung untuk bekung perut ibu.

Ubat-ubatan yang sesuai terutamanya untuk kecutkan peranakan. Umi beli ubat bersalin kat Klinik Pacho.

Perkara yang perlu dibawa masa g hospital utk lahirkan anak:
1.      Kad mengandung, IC, GL ( bagi ibu yang kerja ).
2.      Baju baby sekurangnya 2 pasang, stoking tangan n kaki baby, selimut
3.      Lampin sekurangnya 2 helai
4.      Kain tuala
5.      Wet tissue sebab kena sapu najis baby
6.      Tisu kotak
7.      Air selusuh or mineral water
8.      Pad
9.      Baju mak, kain sarung sekurangnya 2 helai
10.  Selipar Jepun’
11.  Sapu tangan baby
12.  Gelas atau cawan nak minum air
13.  Plastik sampah untuk simpan baju kotor
14.  Stokin mak
15.  Pampers- 5 keping
16.  Kurma untuk bagi tenaga sebelum berjuang, air minuman berperisa koko atau coklat
17.  Makanan sebelum berjuang
18.  Bantal baby atau kain sarung yang dilipat untuk, alas kepala baby..
Baca Juga :   5 Tips Berguna Untuk Ibu Hamil


Jangan lupa mandi wiladah lepas beranak, tanya ustazah mandi wiladah n nifas.
Jaga tempat jahit elok-elok dan keringkan selalu, duduk betul-betul. Tanya orang tua duduk macam mana lepas bersalin.  Semuanya dengan izin Allah SWT. Kuatkan semangat dan selalu baca Al-Quran dan solat Hajat sepanjang mengandung supaya dipermudahkan segala urusan bersalin dan mendidik  anak kelak. Ingatlah bahawa apabila wanita itu sudah mula merasakan sakit untuk besalin Allah sedang mengampunkan dosanya. Banyak baca doa mohon pada Allah. Antara ayat yang boleh dibaca untuk memudahkan anda bersalin ialah ; ayat kursi dan ayat ke 54 Surah Al-A’raf, ayat 3 dalam Surah Yunus. Satu lagi ayat ke 35 dalam Surah Al-Ahqaf. InsyaAllah.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257
Telegram : Azlinasss

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.