Sakit Telinga


“Ummi,sakit telinga…rasa sakit…kat dalam telinga”..kata kak anis. “Sakit telinga?” Ummi mula risau bila dengar anak sakit. Ummi sentuh telinga, panas, kepala dan badan pun panas. Rupanya demam. Ummi ligat berfikir mungkin sakit kepala anakku ni, berdenyut sampai telinga. Kesian kak anis. Kalau demam terus jadi ‘good girl’, diam, tidak lagi aktif ke sana sini.  

         Senang diurus tapi Ummi rasa pelik pula bila anak Ummi diam macam ni. Kebimbangan mula menyelubungi hati keibuan. Termometer digunakan, mula la Ummi nak jadi jururawat ni.38┬░c. Confirm demam. Nasib stok Paracetamol masih ada. Terfikir nak tengok apa dalam telinga budak ni. Risau juga kalau masuk serangga kecil macam telinga tok ayah dulu..huhu. Risaunya ummi. Ambil ‘earpick’, suluh dalam telinga..rupanya tahi telinga keras. Kalau nak buang memang tak dapat. Nak tak nak kena juga jumpa Dr. Nenek ni..bahaya kalau bab telinga kanak-kanak sebab sensitif. 

Mengikut doktor, biasa berlaku pada kanak-kanak,doktor bagi ubat macam minyak untuk titis dalam telinga, antibiotik dan paracetamol. Selepas 3 hari hilang sakit telinga kakak. Ummi pulak kena jadi jururawat selalu periksa telinga dan bersihkan habuk yang keluar dengan menggunakan benda alah ni. Apapun kena sangat hati-hati dengan telinga anak sebab doktor kata tidakl boleh buang tahi telinga dengan putik kapas macam yang biasa dibuat. semoga anak-anak Umi sentiasa sihat hendakNya.

Hubungi Saya :

Whatsapp : 0199236257

Telegram : Azlinasss

 

Baca Juga :   Ajar Anak Bahasa Inggeris

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

1
Hubungi saya sekarang untuk pertanyaan...

Klik Logo WhatsApp di bawah
Powered by