2 Cara Memerah Susu: Menggunakan Tangan Atau Mesin Mengepam Susu

2 Cara Memerah Susu: Menggunakan Tangan Atau Mesin Mengepam Susu. Susu ibu merupakan salah satu susu yang terpenting buat bayi yang baru sahaja lahir. Susu ibu mempunyai pelbagai khasiat dan TIADA susu lain yang terbaik selain daripada susu ibu. Justeru itu, setiap ibu pasti perlu belajar untuk memberikan bayi susu dengan betul agar mereka mendapat semua khasiat yang diperlukan. Tetapi, tahukah anda bagaimana cara mengepam susu dengan betul bagi mengekalkan khasiat dan nutrisi susu tersebut.

2 Cara Memerah Susu Menggunakan Tangan Atau Mesin Mengepam Susu

Sebenarnya, pada era dunia di hujung jari ini terdapat pelbagai cara memerah susu ibu bagi mereka yang tidak mampu memberikan bayi susu terus daripada payudara.

Antara faktor ibu tidak mampu memberikan bayi susu secara terus daripada payudara kerana:-

 

  1. Stress
  2. Tiada sokongan daripada ahli keluarga bagi menyediakan susu secara ekslusif
  3. Bayi tidak pandai untuk menyusu atau.
  4. Puting ibu sedikit kecil
  5. Ibu bekerjaya

Justeru itu, bagi memastikan bayi mendapat susu ibu secara ekslusif. Ibu perlu belajar memerah susu bagi menyediakan susu yang mencukupi kepada bayi sekiranya bayi TIDAK pandai untuk menghisap puting susu.

Pada masa yang sama, bagi ibu yang bekerjaya mereka perlu bijak memerah susu atau mengepam susu sebelum mula bekerja semula. Ianya bagi memastikan wanita yang bekerjaya tidak bengkak susu.

“Bengkak susu adalah disebabkan oleh penghasilan susu yang berlebihan TETAPI bayi tidak menghisapnya bagi mengurangkan penghasilan susu secara berlebihan”.

Di sini, kami ingin berkongsi cara dan untuk memerah susu.

Antara cara memerah susu ibu dengan betul adalah:-

a) Menggunakan tangan

1) Cuci tangan dahulu sebelum memerah susu

Tip memudahkan pengeluaran susu semasa perahan:-

  • Lakukan urutan di kawasan payuudara ke arah puting ATAU
  • Tuam menggunakan air panas sebelum melakukan perahan susu bagi MEMUDAHKAN susu keluar.
2) Letakkan ibu jari sebelah atas, dibahagian tepi areola (tompok gelap) dan jejari yang lain perlu diletakkan dibawah payu dara bagi menampung payu dara

Cara memerah susu

 

3) Picit payu dara menggunakan ibu jari dan halakan picitan tersebut ke dalam bekas atau botol.

• Ibu perlu memicit pada salur susu
• Ulang beberapa kali sehingga susu habis di keluarkan
• Picitan ini hanya mengambil masa beberapa minit sahaja
• Jangan risau sekiranya susu keluar sedikit buat kali pertama kerana selepas daripada itu susu akan keluar dengan lebih banyak kerana pancutan refleks oksitosin berlaku.

“Apabila susu sudah habis di picit, gerakkan ibu jari dan jari yang lain mengikut pusingan di sekeliling areola bagi mengeluarkan susu pada semua saluran payu dara”

Video ini dapat membantu cara dalam mengeluarkan susu ibu:- 

b) Menggunakan pam / mesin bagi mengeluarkan susu

Penggunaan pam/mesin pam susu adalah lebih mudah berbanding dengan memerah susu menggunakan tangan. Justeru itu, terdapat beberapa tips mudah bagi ibu memerah susu menggunakan mesin mengepam susu.

Tips mengepam susu dengan mudah:-


1) Tarik nafas sebelum mengepam susu dan bawa bertenang
2) Tetapkan masa untuk mengepam susu bagi memudahkan susu keluar pada masanya

“Tuam sedikit payudara untuk menggalakkan susu keluar dengan lebih mudah ATAU mengurut payudara untuk menggalakkan pengeluaran susu”

3) Tenangkan bahu anda dan pastikan bahagian belakang badan dan tangan anda disokong
4) Guna tapak tangan untuk menyokong payudara
5) Pam susu menggunakan level pengepaman yang rendah dahulu bagi merangsang pengeluaran susu dahulu

“Elakkan penggunaan level pengepaman yang Tinggi pada permulaan pengepaman kerana dikhuatiri berlakunya lecetan di bahagiam payudara”.

6) Bila rangsangan telah berlaku, maka boleh meningkatkan level pengepaman agar lebih banyak susu keluar. Selepas itu turunkan semula level bagi tingkatkan semula rangsangan.

“Setiap kali level pengepaman susu meningkat ibu boleh mendapatkan susu dalam 1-2 oz. Dan masa yang dicadangkan untuk mengepam susu adalah dalam 20-30 minit sahaja bagi sekali pam”.

Diharapkan segala tips dan cara memerah susu dengan betul dapat dipratikkan oleh para ibu bagi memastikan bayi mendapatkan susu yang berkualiti. Hal ini disebabkan, susu ibu mampu menghalang bayi daripada mudah mendapat jangkitan kuman yang tidak kelihatan. 

“Susu yang mampu mengeratkan hubungan antara ibu dan anak itulah susu ibu”

Rujukan:-
1) https://h.usm.my/rakanbayi/index.php/bahan-bacaan/23-cara-memerah-susu-menggunakan-tangan

2) http://www.myhealth.gov.my/penyusuan-susu-bagi-ibu-yang-bekerja/

3) Panduan pengendalian dan pemberian susu yang selamat di pusat jagaan dan taska

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Refresh